
MERCEDES-MAYBACH GLS 600 4MATIC DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM1.9 JUTA
Selain Mercedes-Benz GLS 450 4Matic facelift 2024, turut dilancarkan hari ini ialah Mercedes-Maybach GLS 600 4Matic dan boleh dimiliki pada harga RM1,918,888.
Mercedes-Maybach GLS 600 4Matic tampil dengan padanan gril yang lebih besar, rim bersaiz 23-inci, suspensi Airmatic dengan sistem E-Active Body Control, lampu hadapan Digital Light LED, lampu belakang LED baharu yang didatangkan dengan reka bentuk blok tiga mendatar baharu.

Menjengah dalam kabin, ia dilengkapi pencahayaan ambien 64-warna, stereng terbaharu dengan fungsi pemanas, upholsteri kulit Nappa, Head-up display (HUD) dan kawalan iklim automatik 4 zon.
Perincian lain termasuklah instrumen digital 12.3-inci, skrin infontainment jenis sesentuh 12.3-inci dengan ketersambungan Android Auto/Apple CarPlay tanpa wayar serta sistem audio Surround 3D Burmester.

Secara mekanikal, model ini dipacu oleh enjin V8 petrol 4.0 liter biturbo, menghasilkan kuasa 557PS dan tork 770Nm serta dibantu oleh sistem hibrid ringkas integrated starter-generator (ISG), memberikan tambahan kuasa sebanyak 22PS dan 250Nm.
Daya pecutan 0-100km/j hanya mengambil masa 4.2 saat manakala had laju maksimum dihadkan pada 250km/j.
Seperti dinyatakan di atas, Mercedes-Maybach 600 4Matic diberi tanda harga bermula RM1,918,888 tidak termasuk insurans.
GALERI:









- BACA: BIMS 2024: MOTOSIKAL ELEKTRIK INI MAMPU JALAN SEJAUH 720KM
- BACA: MERCEDES-BENZ GLS 450 4MATIC FACELIFT 2024 KINI DI PASARAN TEMPATAN – JANA 381PS, HARGA BERMULA RM999K
- BACA: RUPA JELAS BRIXTON STORR 500 DIDEDAHKAN – ENJIN 486CC, 47HP
- BACA: TOYOTA C-HR DIBANJIRI CAT PUTIH, KOS BAIK PULIH LEBIH MAHAL DARIPADA HARGA KERETA

