" "
Buletin

TOYOTA C-HR DIBANJIRI CAT PUTIH, KOS BAIK PULIH LEBIH MAHAL DARIPADA HARGA KERETA

Sebuah Toyota C-HR terpaksa ‘dihapuskan’ atau dianggap total lost selepas bahagian dalamnya dibanjiri cat putih semasa terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Menerusi video yang tular di laman X, sebanyak tujuh tong cat putih lima liter memenuhi di ruang papan pemuka, rim, tempat duduk, pintu dan bumbung.

Menurut laporan, kereta tersebut telah merempuh belakang kereta yang diletakkan di Essex.

Dalam usaha untuk menyelamatkan kereta itu di pusat restorasi, pakar bagaimanapun tidak yakin tahap kerosakan ini boleh diperbaiki.

“Banyak cat kini telah kering tetapi saya pasti sebahagian daripadanya tidak akan pernah kering,” jelasnya.

Seorang lagi pakar kereta klasik, Howard Watts berkata, kemungkinan besar kenderaan itu akan dihapuskan – kerana kos pembersihannya boleh menjadi mahal.

“Kos pembersihan atau penggantian dalaman adalah lebih mahal daripada harga kenderaan.”

“Jika ia dibersihkan dan dibaiki, ia masih mungkin memerlukan bahagian dalaman yang baru sepenuhnya.”

Google ads
Back to top button