GWM ORA 07 DILANCARKAN – DUA VARIAN, JANA 402HP, HARGA BERMULA RM169K
Great Wall Motors (GWM) hari ini secara rasmi melancarkan model elektrik terbaru mereka, GWM ORA 07 ke pasaran tempatan dengan tawaran harga bermula RM169,800 (Long Range Ultra) dan RM189,800 (Performance).
Untuk pasaran tempatan, ia menawarkan dua varian iaitu motor elektrik tunggal (jarak gerak 640km) dan motor elektrik berkembar pacuan empat roda (jarak gerak 550km).
Dari segi dimensi, GWM ORA 07 berukuran 4,871/ 1,862/1,500 dan jarak roda 2,870mm. Sebagai perbandingan, Tesla Model 3 mempunyai dimensi 4,720/1,849/1,441mm dengan jarak roda 2,875mm.
Dari segi penggayaan, ia tampil dengan lampu depan LED pintar bumbung kaca panoramik, spoiler belakang elektrik adaptif, reka bentuk pintu tanpa bingkai, rim krom bionik 19-inci serta sedikit hiasan trim krom.
ORA 07 kini boleh didapati dalam tiga pilihan warna, iaitu:
- Crystal Purple
- Amethyst Grey
- Jade White
Menjengah ke dalam kabin, ia dilengkapi skrin sentuh 12.3-inci, instrumen LCD sepenuhnya 10.25-inci serta audio premium Infinity yang boleh mensimulasikan gelombang bunyi, sekaligus memenuhi keseluruhan bahagian dalaman dengan suasana sporty.
Seperti dinyatakan di atas, GWM ORA 07 didatangkan dalam dua pilihan varian iaitu varian motor elektrik tunggal dan varian motor elektrik berkembar pacuan semua roda.
Varian motor eletrik tunggal menggunakan susun atur pacuan roda hadapan, mampu menghasilkan 201hp dan tork puncak 340Nm.
Sementara, varian motor elektrik berkembar panduan empat roda pula berupaya menghamburkan kuasa 402hp dan 680Nm tork dengan daya pecutan 0-100kmj hanya dalam 4.3 saat sahaja.
Melalui pek bateri litium berkapasiti 83.5kWh, ia menawarkan jarak gerak sehingga 640km bagi varian motor tunggal manakala varian motor elektrik berkembar memberikan jarak gerak sejauh 550km.
Untuk ciri keselamatan, GWM 07 dibekalkan dengan ciri seperti berikut:
- Sistem pelepasan lorong
- LKA (lane keeping system)
- BSD (blind spot monitoring system).
- Pandangan panorama 360 darjah
- Pengelakan pintar
- Pengecaman tanda lalu lintas
- Had laju pelayaran
- Amaran lebih had laju
Seperti dinyatakan di atas, perincian harga bagi setiap varian adalah seperti berikut:
- Long Range Ultra: RM169,800
- Performance: RM189,800
GALERI:
- BACA: MERCEDES-MAYBACH GLS 600 4MATIC DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM1.9 JUTA
- BACA: MERCEDES-BENZ GLS 450 4MATIC FACELIFT 2024 KINI DI PASARAN TEMPATAN – JANA 381PS, HARGA BERMULA RM999K
- BACA: TOYOTA C-HR DIBANJIRI CAT PUTIH, KOS BAIK PULIH LEBIH MAHAL DARIPADA HARGA KERETA
- BACA:MERCEDES-AMG S63 E PERFORMANCE TIBA DI PASARAN MALAYSIA – JANA 802HP, HARGA BERMULA RM2.23 JUTA