Artikel Pilihan

MERCEDES-AMG TAYANG UNIT TRENKUASA HIBRID BARU, GANTIKAN TURBO BERKEMBAR V8. 600 KUASA KUDA

Pada tahun 2019, timbul khabar angin mengatakan Mercedes bakal mengenepikan enjin turbo berkembar V8 paling berkuasa mereka bagi memberi laluan kepada enjin 4 silinder hibrid. Langkah ini terpaksa dibuat bagi memastikan Mercedes dapat melepasi ujian pelepasan asap Euro yang semakin ketat

Seperti yang dijangka, enjin 4 silinder sebarui M139 turbo skrol berkembar 2000cc yang berupaya menghasilkan 416 kuasa kuda dan 500Nm tork dalam model AMG A45. Namun bagi aplikasi model AMG C63, kuasanya akan dinaikkan sehingga 442 kuasa kuda.

Sistem turbo elektrik akan dibangun dan dibekalkan oleh Garret (bukan popcorn ye). Sistem turbo ini akan ditemani dengan motor elektrik yang kecil yang dikuasakan dengan 400Volt yang memutarkan kompressor sebelum gas eksoz menjana sistem turbo. Dengan cara ini, masalah turbolag akan dihapuskan terus

Bagi melancarkan lagi kuasa yang akan dihantar kepada tayar, satu motor elektrik akan dipasang terus pada gandar tayar belakang. Motor elektrik ini cukup untuk menghasilkan 201 kuasa kuda bagi membantu enjin M139 tadi dan secara keseluruhan sistem ini berpotensi menghasilkan 643 kuasa kuda

Tapi disebabkan motor elektrik dan enjin beroperasi pada julat RPM yang berbeza, maka cara pengiraan kuasa yang dihasilkan oleh sistem hibrid ini sedikit berbeza. Bateri sebesar 6.1kWh akan dipasang pada gandar belakang bagi menyebarkan berat sistem dalam 50:50 kepada semua tayar

Bateri itu tadi terdiri daripada 560 sel bateri dengan berat keseluruhan bateri ialah 89kg. Sebanyak 14 liter cecair penyejukan bateri diperlukan bagi memastikan proses pengecasan dan discas berlaku pada suhu yang optimum.

Motor elektrik 201 kuasa kuda tadi ialah ia dipacu dengan kotak gear 2 kelajuan. Gear kedua akan digunakan apabila kelajuan kereta mencecah 140km/j dan motor elektrik berpusing pada 13,500 RPM. Motor elektrik ini juga bertindak sebagai starter alternator menjana sehingga 14 kuasa kuda bagi sistem elektrik kenderaan

Google ads
Back to top button