Buletin

BELI PASSAT, DAPAT PERCUTIAN MEWAH 3D2N DI PANGKOR LAUT RESORT

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) berbesar hati untuk menawarkan pelanggannya pengalaman percutian mewah di Pangkor Laut Resort bagi setiap pembelian model Passat.

Bermula sekarang hingga 30 April 2021, pelanggan yang membeli Passat Elegance dan R-Line akan menerima penginapan percuma secara eksklusif Pangkor Laut Resort. Bukan itu sahaja, Passat Elegance hadir dengan insurans percuma selama setahun bernilai RM5,500. Manakala Passat R- Line pula hadir dengan petrol percuma selama setahun bernilai RM2,500.

Pengalaman percutian di Pangkor Laut Resort merangkumi penginapan selama dua malam untuk dua orang di Hill Villa yang menawarkan pemandangan laut dan taman tropika yang indah. 

Termasuk di dalam pakej itu ialah tiga hidangan setiap hari dan tetamu akan menerima satu sesi mengurut selama 50 minit di Spa Village Pangkor Laut yang memenangi anugerah. Pakej itu turut merangkumi perjalanan pergi balik menaiki bot laju dari Marina Island Pangkor ke tanah besar.

“Menerusi kempen ini, kami gembira untuk menawarkan pelanggan peluang untuk menikmati dua pemenang anugerah secara sekali gus. Passat merupakan sedan saiz sederhana paling laris di dunia. Sementara Pangkor Island Resort sebelum ini dipilih sebagai ‘Nombor Satu di Dunia’ oleh Condé Nast Traveller,” kata Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter. 

Passat Elegance dan Passat R-Line dikuasakan oleh enjin turbo 2.0TSI yang dipadankan bersama kotak gear klac berkembar basah direct shift 7-kelajuan DSG untuk menjana kuasa 190PS dan tork 320Nm. 

Varian tertinggi R-Line juga dilengkapi dengan Dynamic Chassis Control (DCC) dan pelbagai ciri termaju untuk memberi pengalaman pemanduan dinamik yang sebenar.

Dengan pengecualian cukai jualan sekarang, Elegance ditawarkan pada harga RM181,856 manakala R-Line berharga RM203,411.

Pada 10 dan 11 April, para pengedar Volkswagen di seluruh negara akan menganjurkan acara The Passat Escape untuk menunjukkan ciri-ciri terbaik varian Elegance dan R-Line, di samping pelbagai tawaran serta promosi menarik.

Semua model Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun. Selain bantuan tepi jalan dan jaminan tanpa had perbatuan selama 5 tahun. Maklumat lanjut, sila layari laman web:  www.volkswagen.com.my

Google ads
Back to top button