Buletin

KIA EV6 TAPAU FERRARI,LAMBO,AMG DAN PORSCHE DALAM LUMBA DRAG

Siapa kata jentera elektrik tak power?

Jika sport sedan, Stinger mengubah persepsi terhadap jenama Kia, anda kena menyaksikan apa yang dilakukan jentera elektrik terbaharu EV6 dalam perlumbaan drag.

Kia membariskan crossover terbaharu EV6 versi GT yang didatangkan dengan spesifikasi tertinggi 577 hp dalam berdepan cabaran jenama supercar di Eropah.

Bukan calang-calang jentera yang berlumba dengan model terbaharu Kia tersebut.

Ia merangkumi SUV Lamborghini Urus, Ferrari California, Porsche 911, Mercedes-AMG GT dan McLaren 570S.

Jentera EV6 GT berkenaan mampu menjana kuasa maksimum 577 hp sekali gus boleh memecut pada 100 km/j dalam tempoh 3.5 saat malah mencecah kelajuan maksimum pada 260 km/j.

Porsche Taycan 4S pun kalah tetapi bukan model Turbo ataupun versi terpantas Tesla Model S yang tidak bersama dalam perlumbaan drag itu.

Bagaimanapun, kalau menyaksikan video perlumbaan tersebut, anda pasti kagum dengan jentera terbaharu Kia itu yang mampu menewaskan beberapa jenama terkemuka dengan pecutan padu.

Kia EV6 mula memasuki pasaran di beberapa buah negara pada tahun ini.

Sebagai contoh, model terbaharu Kia tersebut dijual pada harga bermula £40,895 (RM233,587) untuk model asas manakala versi GT pula £58,295 (RM332,974). – carscoops

Google ads
Back to top button