MERCEDES-BENZ CLE300 4MATIC DIPERKENALKAN – JANA 255HP, HARGA SEKITAR RM526K
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini telah mendedahkan model Mercedes-Benz CLE300 4Matic Coupe.
CLE serba baharu ini mempunyai dimensi 4,850mm (panjang), 1,860mm (lebar), 1,428mm (tinggi) dan jarak roda 2,865mm.
CLE300 4Matic hadir dengan gril berbentuk hexagonal, lampu utama Digital Light dengan fungsi Adaptive Highbeam Assist Plus, di mana ia diperkenalkan pertama kali untuk pasaran Malaysia.
Perincian lain termasuklah Pakej AMG Line dengan rekaan bampar yang tampil lebih agresif dan pakej Night dengan kemasan hitam berkilat untuk bahagian gril, rim AMG 19-inci dan spoiler AMG.
Kelengkapan lain diserlahkan melalui bumbung panoramik, MBUX Interior Assistant, perincian logam bagi kemasan dalaman, kerusi balutan kulit, kerusi depan berpendingin dan fungsi memori, sistem bunyi audio 3D, pencahayaan ambien, Keyless-Go, fungsi bebas operasi tangan serta Easy-Entry untuk kerusi bahagian belakang.
Menjengah dalam kabin, ia dilengkapi skrin infotainment MBUX bersaiz 11.9-inci, kluster instrumen digital 12.3-inci dan head-up display dengan ketersambungan Android Auto/Apple CarPlay.
Beralih pada kuasa, ia dijana oleh enjin M256 2.0 liter turbocas empat-silinder sebaris petrol, menghamburkan kuasa 255hp pada 5,800rpm dan 400Nm dari 2,000-3,200rpm.
Nadi berkenaan dibantu oleh sistem mild-hybrid 48-volt EQ Boost yang memanfaatkan integrated starter generator (ISG), memberikan kuasa tambahan sebanyak 23hp dan 205kW. Selain itu, ISG juga mempunyai fungsi Start/Stop.
Digandingkan dengan transmisi automatic 9G-Tronic sembilan-kelajuan dan sistem pacuan semua roda 4Matic, ia mempunyai daya pecutan 0-100 km/j dalam 6.2 saat dan had laju maksimum ditetapkan 250 km/j.
Untuk harga, CLE300 4Matic Coupe dijangka akan dijual sekitar harga RM526,000, atas jalan tidak termasuk insurans.
GALERI:
- BACA: MERCEDES-AMG S63 E PERFORMANCE TIBA DI PASARAN MALAYSIA – JANA 802HP, HARGA BERMULA RM2.23 JUTA
- BACA: MERCEDES-MAYBACH GLS 600 4MATIC DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM1.9 JUTA
- BACA: MERCEDES-BENZ GLS 450 4MATIC FACELIFT 2024 KINI DI PASARAN TEMPATAN – JANA 381PS, HARGA BERMULA RM999K
- BACA: GWM ORA 07 DILANCARKAN – DUA VARIAN, JANA 402HP, HARGA BERMULA RM169K