Artikel Pilihan

INI SEBAB SEBENAR FIESTA TIDAK LAGI DIJUAL? PASAL EV?

Selain daripada jenama Honda, salah satu jenama yang bangkit ketika krisis bekalan petroleum pada tahun 1970an ialah Ford, melalui model Fiesta. Biarpun sudah membangunkan model Escort, Ford merasakan mereka perlu menawarkan sebuah lagi model kompak dan jimat bahan api.

Ini kerana pada ketika itu kebanyakan pesaing mereka sudah melancarkan model kompak dan jimat petrol sebagai reaksi kepada krisis tenaga. Kalau terlambat, habis la semua pelanggan Ford. Malah Fiesta juga adalah model paling kompak dan kecil yang pernah dihasilkan oleh Ford

Generasi pertama lahir pada tahun 1976 dan model ini kekal selama 7 generasi sehingga pada hari ini. Bagi pasaran Malaysia, ia ditawarkan dalam dalam generasi ke 6 sahaja. Namun bagi pasaran luar negara, ia telah dijual dan dihasilkan dalam masa 47 tahun

Ford Fiesta adalah bukti bagaimana sebuah kereta kompak yang jimat bahan api tidak semestinya membosankan, namun ia menawarkan kualiti pemanduan yang bagus dan menyeronokkan. Ford mensasarkan pelanggan Fiesta terdiri daripada pembeli kali pertama yang membeli kereta, yang mahukan sebuah kereta yang efisyen dan senang dijaga

Model terakhir Ford Fiesta dikenali dengan kod B479, iaitu model yang diperkenalkan pada tahun 2017 iaitu 7 tahun yang lepas. Namun dalam beberapa laporan akhbar perniagaan, Ford memutuskan model ini adalah model terakhir Fiesta dan pada masa akan datang ia tidak lagi akan ditawarkan pada masa akan datang

Kalau difikir secara logik, tindakan Ford adalah sangat pelik memandangkan Fiesta adalah model yang laris, sentiasa berada di dalam 10 jualan terbaik daripada tahun 2009 ke 2020. Namun pada tahun 2023, Ford Fiesta secara rasmi tidak lagi dijual di semua pasaran selepas 22 juta unit terjual

Walaupun pada asalnya Fiesta adalah model kompak di bawah Escort, namun pada awal tahun 2000 Fiesta secara perlahan-lahan menggantikan model Escort selepas model ini ditamatkan. Malah ia turut ditawarkan dalam beberapa varian berkuasa seperti Fiesta ST

Model ST adalah model yang diilhamkan daripada model RS yang menyertai perlumbaan WRC dan memenangi rali pada tahun 2017 dan 2018 dengan pemandu Sébastien Ogier. Namun sama seperti perniagaan lain, buat duit dengan jual kereta adalah lagi penting daripada menang dalam perlumbaan.

Kereta kompak sebenarnya menawarkan keuntungan yang sedikit sahaja jika dibandingkan dengan jualan kereta mahal dan flagship, SUV, pikap trak dan crossover. Barisan eksekutif Ford berpendapat, adalah lebih bagus jika Ford memberi fokus kepada model yang memberikan keuntungan yang tinggi kepada Ford seperti SUV

Ini bermakna ruang dalam kilang, pekerja, alatan dan apa sahaja yang berkait dengan model kurang untung seperti Fiesta harus dikorbankan. Isu legasi? Kita letak ke tepi dahulu memandangkan isu survival perniagaan adalah lebih utama

Untuk pasaran US, jualan SUV, trak pikap dan SUV merangkumi 60% daripada jumlah jualan manakala model sedan dan kompak hanyalah kurang 30%. Jangan salahkan Ford, tapi salahkan permintaan pasaran yang mahukan crossover dan SUV.

Sebagai ganti Ford akan menghasilkan SUV kompak namun ia akan ditawarkan dalam versi elektrik sahaja di masa depan, bagi menggantikan Fiesta. Malah bagi pasaran Eropah, besar kemungkinan model Fiesta akan dihidupkan semula sebagai EV kompak dan murah

Google ads
Back to top button