Buletin

MINI COUNTRYMAN PLUG-IN HYBRID – RM255,888 SEUNIT

MINI Malaysia semalam memperkenalkan MINI Countryman Plug-In Hybrid yang merupakan model Plug-In Hybrid pertama daripada MINI.

Jentera ini boleh anda miliki pada harga RM255,888 seunit.

Ketua MINI Malaysia, Kidd Yam menyatakan MINI Countryman yang diperkenalkan April tahun lalu menjadi tunjang kepada prestasi jualan sebanyak 1,011 unit, pertumbuhan 12 peratus berbanding tahun 2016.

MINI Countryman Plug-In Hybrid dilengkapi kit badan ALL4, rim aloi bersaiz 19” Yours Masterpiece MINI serta port pengecas bahagian kiri kenderaan.

Rekaan dalaman pula diserlahkan dengan kemasan kulit Yours WALKnappa MINI pada stereng dan aparan skrin sentuh 6.5 inci beresolusi tinggi.

Jentera itu hadir bersama butang eDrive untuk memberi pilihan mode pemanduan seperti standard AUTO eDrive, MAX eDrive (elektrik sepenuhnya) dan SAVE BATTERY.

MINI Countryman Plug-In Hybrid dijana oleh enjin berkuasa 224hp dan tork 385Nm yang dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan automatik. Motor elektrik itu menyalurkan kuasa ke roda belakang.

Model ini berupaya untuk memecut dari 0-100km/j dalam masa 6.8 saat dengan kelajuan maksimum 198km/j. Pengunaan bahan api cukup rendah iaitu purata 2.1 liter bagi setiap 100km. Ia juga menawarkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sejauh 42km dengan kelajuan maksimum 120km/j.

Sistem pacuan eALL4 MINI menawarkan kualiti pemanduan yang mantap bersama ciri Kawalan Kestabilan Dinamik.   

MINI Countryman ini boleh dicaj di rumah menggunakan soket kuasa yang disambung menggunakan Home Charging Cable dalam masa lebih kurang 5 jam (230V) bergantung kepada voltan elektrik grid kuasa kediaman tersebut.

Pemilik dibekalkan dengan pakej ChargeNow dan MINI Public Charging Cables. Semua ini didatangi dengan 1 tahun langganan percuma untuk pengecasan tanpa had di mana-mana 270 stesen ChargeEV.

Kombinasi warna badan dan bumbung yang ditawarkan ialah merah, hijau, kelabu, putih dan perak dengan bumbung hitam. Manakala warna biru pula dipadankan dengan bumbung putih.

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button