MINI PANGGIL SEMULA LEBIH 140,000 EV AKIBAT RISIKO KEBAKARAN BATERI
Mini baru-baru ini telah memanggil semula lebih 140,000 kenderaan elektrik (EV) di seluruh dunia kerana masalah berkaitan dengan bateri yang berisiko terbakar.
Di Amerika Syarikat sahaja, lebih 12,000 kenderaan Mini Cooper SE elektrik terlibat dalam penarikan balik ini.
Penarikan balik ini melibatkan 12,535 unit Mini Cooper SE keluaran tahun 2020 hingga 2024.
Menurut National Highway Traffic Safety Administration Safety (NHTSA), bateri voltan tinggi mungkin tidak dihasilkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pengeluar.
Dokumen tersebut tidak menyatakan punca langsung, tetapi menyebut, “Kerosakan mungkin berlaku pada bateri voltan tinggi atau sistem voltan tinggi, yang boleh disebabkan oleh pelbagai sebab.”
Kerosakan ini boleh menyebabkan litar pintas, yang boleh memanaskan bateri sehingga menyebabkan “kejadian termal,” iaitu kebakaran.
Kebakaran ini boleh berlaku walaupun kenderaan tidak beroperasi, tetapi satu mesej amaran akan muncul kepada pemandu.
BMW Amerika Utara, yang merupakan syarikat induk Mini, menyatakan bahawa tiada kecederaan atau kemalangan berkaitan dengan isu ini setakat ini.
Syarikat ini mula menyiasat satu kes kebakaran pada kenderaan Mini pada Oktober 2023 sebelum mengetahui tentang satu lagi insiden yang berlaku di Jerman pada Januari 2024.
Mini akan mengemas kini perisian bagi kenderaan yang berpotensi terjejas dengan fungsi diagnostik baru, di mana ia boleh mengesan kerosakan pada bateri voltan tinggi dan menurunkan casnya di bawah 30 peratus.
Kemas kini ini bakal diberikan secara percuma, dan pengeluar kenderaan akan mula memaklumkan pemilik kenderaan tersebut mulai 7 Oktober.
- BACA: VOLKSWAGEN BAKAL TUTUP KILANG DI JERMAN BUAT PERTAMA KALI DALAM SEJARAH 87 TAHUN
- BACA: TOYOTA GR YARIS TGR ITALY LIMITED EDITION, 51 BUAH SAHAJA!
- BACA: BAHAYA MENANTI JIKA TAYAR TERLEBIH ANGIN – JANGAN MAIN PAM JE TAYAR TU KAK
- BACA: PUSPAKOM PEMEGANG LESEN PEMERIKSAAN KENDERAAN PERTAMA DI MALAYSIA