Buletin

MINI SEDIAKAN PARKIR KHAS UNTUK PENGURUS BAHARU ENGLAND LUAR STADIUM

MINI mengalu – alukan kehadiran Jurulatih Thomas Tuchel – Pengurus Jerman pertama untuk pasukan bola sepak paling kuat di seluruh benua Eropah England dengan cara yang agak unik dan istimewa oleh MINI; dengan menempah tempat letak kereta utama untuknya, betul-betul di luar Stadium Wembley.

Ianya dilakukan ketika tugasan pertama Thomas Tuchel yang akan membimbing pasukan England secara rasmi di Stadium Wembley untuk menentang pasukan Albania dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia sekali gus meraikan semangat diantara England dan juga Jerman buat pertama kali dalam sejarah Pengurus England.

Untuk sesiapa yang tidak mengenali Thomas Tuchel, beliau adalah merupakan seorang Pengurus bolasepak yang berasal dari Jerman dan pernah membimbing beberapa kelab handalan seperti Borussia Dortmund, PSG, Chelsea dan juga Bayern Munich. Beliau menerima tawaran untuk melatih pasukan The Three Lions sebagai Pengurus bangsa asing ketiga bermula awal tahun ini bagi menggantikan Gareth Southgate yang memutuskan untuk tidak menerima sambungan kontrak sebelumnya.

Untuk rekod, Kumpulan BMW telah pun memperolehi jenama BMW pada tahun 2001 yang mana sebelumnya adalah sebuah jenama warisan Britain yang cukup ikonik. Kehadiran BMW di dalam jenama MINI ternyata telah berjaya menghidupkan semula MINI pada hari ini hasil gabungan Jerman dan Inggeris yang masih lagi tampil dengan model ikonik seperti Cooper dan juga Countryman.

Dan MINI bertindak dengan sewajarnya bagi meraikan Pengurus England yang baharu ini apabila menyediakan ruang parkir di luar Stadium Wembley sebelum kehadiran penyokong tiba untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

MINI dengan bangganua telah memberikan pengiktirafan terhadap kedua – kedua warisan British dan juga Jerman dan yang pastinya ianya telah membuahkan hasil apabila perlawanan sulung tersebut berjaya dimenangi England yang menewaskan Albania dengan dua gol tanpa balas.

Sekali gus memberikan petanda bahawa bukan hanya dalam model perniagaan diantara BMW dan juga MINI boleh berjaya, malah gandingan diantara Thomas Tuchel dan juga England tampak pasti akan membuahkan hasil kelak.

BACA : MINI COOPER JOHN WORK WRC – KISAH KEMENANGAN YANG TAK KESAMPAIAN

BACA : MINI ACEMAN, SATU LAGI MINI ELEKTRIK, DI ANTARA MINI COOPER DAN COUNTRYMAN

Google ads

B K

Back to top button