Artikel Pilihan

MINI COOPER JOHN WORK WRC - KISAH KEMENANGAN YANG TAK KESAMPAIAN

Lebih kurang dua belas tahun dahulu, Mini pernah membuat kemunculan semula dalam perlumbaan WRC dengan menggunakan model Mini Countryman sebagai jelmaan jentera rali mereka ketika itu. Sebelum itu, lama dahulu di era 60an, Mini juga sememangnya aktif dalam dunia rali. Malah, Mini pernah menang di Monte Carlo pada tahun 1964, 1965 dan 1967.

Penyertaan Mini semula dalam sukan rali bermula pada tahun 2009 apabila pengumuman dibuat yang ketika itu Mini telah pun dimiliki oleh BMW untuk menyertai semula WRC. Dan pada tahun 2010, Mini mengesahkan bahawa mereka akan bekerjasama dengan Prodrive yang sebelum itu cukup terkenal dengan Subaru Impreza WRC.

Jentera Mini Cooper John Work WRC telah menggunakan enjin 1.6 turbo yang dibangunkan oleh BMW Motorsport bagi kegunaan dalam perlumbaan FIA World Touring Championship juga selain daripada perlumbaan rali.

Pasukan yang dikenali sebagai Mini WRC Team ini akan diuruskan oleh Prodrive yang mendapat sokongan penuh daripada pengeluar sendiri akan mula bersaing dalam WRC musim 2011 dengan hanya menyertai enam pusingan sebagai langkah awal untuk mendapatkan pendedahan dan juga pengalaman sebelum beraksi penuh dalam musim WRC 2012.

Kris Meeke yang merupakan mantan juara IRC telah dipilih sebagai pemandu di kala itu dengan penyertaan seorang lagi pemandu Dani Sordo juga turut dipilih sebagai seorang lagi pemandu. Menariknya, dua podium telah Berjaya diperolehi di Jerman juga Perancis melalui Dani Sordo.

Namun panas yang disangka berpanjangan rupanya mendung di tenghari. Rupanya berlaku ketidakpuasan hati membabitkan isu kewangan diantara BMW dan juga Prodrive. Baru sahaja kempen WRC 2012 bermula, tiba – tiba BMW membuat pengumuman bahawa kerjasama keduanya ditamatkan. Ketika itu, pasukan ini membariskan dua pemandu Dani Sordo dan juga Kris Meeke sebagai pemandu.

Ketika saingan pembukaan Monte Carlo, Dani Sordo berjaya menduduki podium kedua dan semuanya tampak kucar kacir setelah pengumuman perpisahan dibuat BMW selepasnya. Kemudian, Mini WRC Team yang diuruskan Prodrive tetap meneruskan aksi dengan menukar nama kepada Prodrive WRC Team sebagai pasukan persendirian dengan menggunakan jentera yang sama.

Namun mereka hanya beraksi dalam tujuh perlumbaan sahaja bersama Dani Sordo dengan jentera kedua hanya beraksi di sesetengah perlumbaan dengan dua pemandu yang berbeza.

Dan pasukan pengeluar, Mini memutuskan untuk bekerjasama dengan Armindo Araújo World Rally Team and Palmeirinha Rally bagi membentuk pasukan pengeluar yang baharu,  WRC Team Mini Portugal namun aksi yang dipamerkan tidak begitu memberangsangkan. Di akhir musim, BMW memutuskan untuk tidak lagi meneruskan aksi dan pasukan ini pun dibubarkan.

Dan kemudiannya, jentera Mini ini masih lagi dalam beberapa acara rali di peringkat serantau / kebangsaan beberapa tahun kemudian sebelum terus lenyap. Sayang juga kan. Aksi jentera sehebat ini gagal diteruskan akibat daripada masalah dalaman.

BACA : MINI COUNTRYMAN BLACKHEATH EDITION. TERHAD 48 UNIT SAHAJA, RM253,888

BACA : MINI COUNTRYMAN JW DESIGN EDITION – RM242,888

Google ads

B K

Back to top button