
MITSUBISHI XFORCE CATAT LEBIH 1,000 TEMPAHAN, PAKEJ EARLY BIRD DILANJUTKAN
MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA (MMM) mengumumkan model SUV kompak terbaharunya, Mitsubishi Xforce, berjaya mencatat lebih 1,000 tempahan dalam tempoh hanya seminggu selepas dibuka untuk pra-pelancaran.
Sebagai penghargaan atas sokongan memberangsangkan tersebut, MMM turut melanjutkan tawaran eksklusif Pakej Early Bird kepada 1,000 pelanggan seterusnya yang membuat tempahan sebelum tarikh pelancaran rasmi.
Dalam tempoh Early Bird ini, pelanggan layak menikmati pelbagai ganjaran menarik termasuk rebat tunai RM5,000, tiga kali perkhidmatan buruh percuma, serta peluang menyertai pertandingan “Buy 1 Free 1” yang menawarkan hadiah sebuah lagi Mitsubishi Xforce Ultimate.
Dari segi reka bentuk, Mitsubishi Xforce tampil dengan gaya moden dan berani, selain diiktiraf menerusi kemenangan iF DESIGN AWARD 2024.

SUV ini turut menawarkan pengalaman pemanduan lebih yakin menerusi empat mod pemanduan, sistem Active Yaw Control (AYC) serta jarak kelegaan tanah terbaik dalam kelasnya iaitu 222mm.
Ruang kabinnya pula direka untuk keselesaan maksimum dengan tempat duduk belakang boleh laras lapan tahap, sistem audio premium Dynamic Sound Yamaha, skrin paparan 12.3-inci lengkap dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, serta sistem pendingin hawa nanoe™ X dua zon.
Antara ciri lain yang melengkapkan Xforce termasuk pintu tailgate berkuasa dengan fungsi Kick Motion, sistem keselamatan pintar ADAS, 23 ruang simpanan termasuk kotak penyejuk di konsol tengah, serta kamera All-Round Monitor bersama sensor parkir.
Mitsubishi Xforce ditawarkan dalam dua varian iaitu Urban dan Ultimate, dengan harga anggaran bermula RM110,000 bagi Urban dan RM120,000 bagi Ultimate (atas jalan tanpa insurans).








