Buletin

MITSUBISHI XFORCE HEV DAPAT 5 BINTANG ASEAN NCAP!

Mitsubishi Xforce diperkenalkan buat kali pertama di Indonesia pada Ogos 2023.

Xforce sudah dibawa ke merata pasaran dan Mitsubishi menambah satu lagi model menarik iaitu Xforce HEV pada Mac lalu dengan Thailand sebagai pasaran pertama.

Xforce HEV menggunakan sistem hibrid dari Xpander HEV yang juga dijual di Thailand namun dengan beberapa perubahan.

Di antaranya transgandar dua kelajuan baharu dengan kecekapan transmisi dipertingkatkan dan fungsi pemutus motor baharu yang memutuskan sambungan motor daripada gandar pemanduan pada kelajuan tinggi.

Terbaru Mitsubishi mengumumkan Xforce HEV telah memperoleh penarafan maksimum lima bintang dalam ASEAN NCAP 2024. Penafaran ini sama seperti Xforce petrol.

Dari segi teknologi bantuan pemanduan, Xforce HEV dilengkapi Mitsubishi Motors Safety Sensing dengan fungsi berikut:

  • Kawalan pemanduan boleh suai (ACC)
  • Sistem pengurangan pelanggaran hadapan (FCM)
  • Amaran titik buta dengan bantuan pertukaran lorong (BSW / LCA)
  • Amaran lintasan trafik belakang (RCTA)
  • Lampu tinggi automatik (AHB)
  • Pemberitahuan pergerakan kenderaan hadapan (LCDN)

Selain itu, struktur badan RISE berkekuatan tinggi berupaya menyerap tenaga hentakan dan mengurangkan ubah bentuk kabin sekiranya berlaku kemalangan. 

Xforce HEV juga dilengkapi enam beg udara SRS untuk memberikan perlindungan tambahan kepada penumpang.

Keputusan ujian ASEAN NCAP Xforce, Xforce HEV:

  • Perlindungan penumpang dewasa: 35.58
  • Perlindungan penumpang kanak-kanak: 17.03
  • Bantuan Keselamatan: 15.25
  • Keselamatan Penunggang Motosikal: 12.95
  • Skor keseluruhan: 5 bintang (80.80)

Ciri-ciri Mitsubishi Xforce HEV:

Enjin dan Sistem Hibrid:

  • Enjin: 1.6 liter 4A92 MIVEC kitaran Atkinson 107 ps pada 6,000 rpm dan tork 134Nm pada 4,500 rpm.
  • Motor Elektrik: 85kW (116ps) dan tork 255 Nm.
  • Penggunaan Bahan Api: Sekitar 24.4 km/L

Sistem Pacuan dan Kawalan:

  • Pacuan: Roda hadapan (FWD).
  • Teknologi Kawalan: Active Yaw Control (AYC) bersama teknologi kawalan kestabilan yang lain, meningkatkan pemanduan selamat dan stabil.

Mod Pemanduan:

  • Tujuh mod pemanduan termasuk Normal, Wet, Gravel, Mud, Tarmac, EV Priority, dan Charge. 

 

Mod EV (Elektrik)

EV Priority Mode

  • Memandu menggunakan motor elektrik sahaja, tanpa menghidupkan enjin.
  • Sesuai untuk kawasan yang memerlukan pemanduan senyap dan mesra alam.
  • Jika bateri hampir habis, sistem akan minta pengguna tukar ke mod lain.

Charge Mode

  • Enjin diaktifkan untuk mengecas semula bateri semasa pemanduan.
  • Membolehkan pemanduan dalam mod EV disambung selepas pengecasan.

5 Mod Pemanduan

  • Normal Mode – Seimbang untuk pemanduan harian.
  • Tarmac Mode – Untuk selekoh tajam dan jalan berliku; pengendalian lincah.
  • Gravel Mode – Kawal gelinciran atas jalan berbatu atau tidak berturap.
  • Mud Mode – Cengkaman kuat atas jalan berlumpur atau rosak.
  • Wet Mode – Kestabilan tinggi dan kurang gelinciran ketika hujan lebat.

Disesuaikan untuk cuaca dan keadaan jalan berbeza, dengan bantuan sistem seperti:

  • Active Yaw Control (AYC) – Kawal daya pacuan kiri dan kanan untuk pengendalian tepat.
  • Traction Control – Kawal gelinciran tayar hadapan.
  • Active Stability Control (ASC) – Kawal kestabilan keempat-empat tayar.
  • Throttle Response – Laras kuasa enjin dan motor mengikut tahap pendikit.
  • Electric Power Steering – Laras kepekaan stereng ikut kelajuan dan permukaan jalan.

Dimensi dan Ukuran:

  • 4,390 mm (P) x 1,810 mm (L) x 1,660 mm (T), Jarak Roda: 2,650 mm.
  • Kelegaan Tanah: 183 mm
  • Kapasiti Tangki Minyak: 42 liter

Sistem Keselamatan:

  • Enam beg udara SRS.
  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB).
  • Kawalan Kelajuan Adaptif (ACC).
  • Lampu Tinggi Automatik (AHB).
  • Amaran Titik Buta dengan Bantuan Pertukaran Lorong (BSW + LCA).
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA).

Varian dan Harga (Thailand):

  • Xforce HEV Ignite: 899,000 Baht (RM115,986).
  • Xforce HEV Ultimate: 1,039,000 Baht (RM134,049).
  • Xforce HEV Ultimate X: 1,089,000 Baht (RM140,428).

Google ads
Back to top button