
MITSUBISHI XFORCE RASMI DILANCARKAN DI INDONESIA – TAMPIL AGRESIF, JANA 104HP
Mitsubishi hari ini melancarkan Xforce serba baharu, SUV kompak berkuasa ICE untuk pasaran Indonesia.
Selain rantau ASEAN yang menjadi tumpuan utama model itu, Mitsubishi turut merancang untuk menawarkannya di Asia Selatan, Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika.
Mitsubishi Xforce bakal bersaing segmen SUV B seperti Hyundai Creta, Suzuki Grand Vitara, Toyota Yaris Cross, Wuling Alvez dan Honda HR-V.

Secara keseluruhannya, reka bentuk X-Force kelihatan serupa dengan XFC versi konsep yang mula diperkenalkan di Indonesia International Motor Show (IIMS) pada Februari lalu.
Dari segi dimensi, ia berukuran 4,390mm (panjang), 1,810mm (lebar) dan 1,660mm (tinggi), dengan jarak roda 2,650m.
Model baharu ini tampil dengan gaya sporty serta agresif terutama rekaan bentuk lampu bahagian hadapan berbentuk ‘L’ sementara DRL yang terletak di bahagian bawah akan membentuk bentuk ‘T’ apabila dinyalakan.

Pada bahagian dalaman juga kelihatan moden dengan membawa rekaan dwi skrin, dan aura sporty yang cukup menarik perhatian.
Bahagian dalaman model ini adalah berasaskan konsep ‘Horizontal Axis’ serupa dengan Triton terkini, dengan papan pemuka set rendah selain disertakan skrin 12.3-inci Smartphone-link Display Audio (SDA) dan instrumen digital 8-inci berdefinisi tinggi.

Beralih kepada kuasa, ia dijana oleh enjin petrol MIVEC 4A91 1.5 liter, sama seperti Xpander, menghasilkan 104hp pada 6,000 rpm dan tork 141Nm pada 4,000 rpm. Walau bagaimanapun, nadi berkenaan dipadankan bersama transmisi CVT berbanding 4AT.
Bagi keselamatan, Mitsubishi Xforce 2023 dilengkapi dengan:
- Enam beg udara SRS
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Forward Collision Mitigation (FCM)
- Automatic High Beam (AHB)
- Lead Car Departure Notification (LCDN)
- Blind Spot Warning with Lane Change Assist function (BSW/LCA)
- Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
Untuk rekod, Mitsubishi XForce menawarkan empat mod pemanduan iaitu Normal, Gravel, Mud dan juga Wet.
- BACA: MITSUBISHI EK X EV BAKAL MUNCUL DI GIIAS 2023 – TURUT PAMER MINICAB MiEV
- BACA: INI SUV BAHARU MITSUBISHI, 1.5L CVT, SAIZ X50, HR-V
- BACA: MITSUBISHI TRITON 2023 UNTUK AXCR, KOMPONEN KARBON, ENJIN 4N16 MIVEC BAHARU
- BACA: MITSUBISHI TRITON GENERASI KEENAM DIPERKENALKAN – KONSEP BEAST MODE, 4 VARIAN, 201HP