Buletin

MITSUBISHI XPANDER 2024 FACELIFT DILANCARKAN – DUA VARIAN, HARGA BERMULA RM99K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini secara rasmi melancarkan model MPV tujuh tempat duduk Mitsubishi Xpander 2024 facelift, dengan tawaran harga bermula RM99,640 (standard) dan RM109,640 untuk varian Xpander Plus.

Xpander 2024 facelift kini tampil dengan reka bentuk lebih mantap dan rupa yang dinamik. Bahagian belakang kenderaan itu kini menampilkan unit pencahayaan baharu, bampar baharu, kit badan berserta spoiler belakang.

Perincian lain termasuklah, rim 17-inci dengan rekaan dua-tona baharu, dilengkapi dengan kamera tinjauan sekeliling, perakam video digital DVR depan dan belakang.

Bukan itu sahaja, ciri-ciri lain terdapat pada model facelift ini adalah seperti; sensor undur, spoiler, scuff plate serta balutan kulit buatan berwarna coklat.

Xpander 2024 facelift datang dalam empat pilihan warna:

  • Diamond Black
  • Graphite Gray
  • Red Metallic
  • Quartz White Pearl (tambahan RM300)

Ciri-ciri baharu turut dimuatkan adalah seperti kamera perakam video pemanduan serta brek parkir elektrik dan menawarkan jarak kelegaan tanah setinggi 225mm.

Selain itu, di dalam kabin turut dilengkapi   paparan infotainmen 9-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto dan paparan 4.2-inci TFT LCD berwarna sebagai visual pemandu, pad pengecasan tanpa wayar, kerusi balutan leatherette, scuff plate, serta door visor.

Bagi keselesaan dan kemudahan pengguna, ia hadir dengan ruang kargo berkapasiti 837 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat rata.

Dari segi kuasa, Mitsubishi Xpander 2024 facelift kekal dijana oleh enjin empat silinder sebaris 1.5 liter.

Nadi berkenaan berupaya menghamburkan kuasa 105PS/141Nm tork dan dipadankan dengan kotak gear automatik empat kelajuan.

Seperti dinyatakan di atas, Mitsubishi Xpander 2024 facelift boleh dimiliki pada harga bermula RM99,640 (Xpander) dan RM109,640 (Xpander Plus).

500 pelanggan pertama yang menempah menerusi Mitsubishi Online Showroom bakal menerima Naturehike Camping Wagon bernilai RM400.

GALERI:

Google ads
Back to top button