
LANCIA 037 TERBABAS CEDERAKAN 12 ORANG DI TORINO MOTOR SHOW – NAHAS YANG BOLEH DIELAKKAN
Dua belas cedera sewaktu Torino Motor Show baru-baru ini selepas sebuah kereta Rali Group B Lancia 037 terbabas dan melanggar sekumpulan penonton.

Rakaman video kemalangan tersebut menunjukkan Lancia 037 berada di belakang dia buah Ferrari dalam satu perarakan sebelum pemandu menekan pedal minyak dan hilang kawalan. Jentera rali Group B memang sangat berkuasa dan menggunakan pacuan roda belakang tanpa sebarang bantuan traction control. Ia memang bukan untuk pemandu biasa tanpa lesen perlumbaan.
Butiran mengenai Lancia 037 terbabit tidak diketahui tetapi ia diyakini bukan sebuah replika dan merupakan salah satu daripada 215 unit yang dihasilkan antara tahun 1982-84.
Media tempatan melaporkan dua orang mengalami kecederaan ringan akibat dirempuh kecuali dua orang wanita yang mengalami luka-luka dan seorang patah kaki.
Ironinya pemandu Lancia tersebut merupakan juga seorang wanita bernama Barbara Riolgo yang bukannya seorang pemandu professional. Kereta tersebut dimiliki suaminya Ivano Toppino, seorang usahawan berjaya tempatan. Berada di tempat duduk [enumpang sewaktu kemalangan ialah anak perempuan mereka Alessia, 23 tahun. Baguslah, bagi kereta macam ni dekat isteri. Baik bagi pistol terus bro.
Laporan rasmi kemalangan belum diterima tetapi ada yang mengatakan ia berpunca dari jentera rali tersebut yang terlalu berkuasa dengan pacuan RWD tetapi tidak mempunyai sistem keselamatan moden. Pemilik juga sedang memeriksa jika kereta tersebut mempunyai kerosakan mekanikal.
Bagi kami senang je jawapannya. Jentera Rali Group B bukannya kereta rali biasa. Ia adalah gergasi rali yang hanya mampu dijinakkan oleh pemandu professional dan bukannya untuk dipandu secara suka-suka dalam pertunjukan. Ingat ini kereta berhias ke?
Itu pun nasib baik tak ada yang kehilangan nyawa. Kalau tak siapa nak tanggung?