Motosikal

KALENDAR WORLD DUCATI PREMIER 2025 DIUMUMKAN- KETIBAAN 5 MODEL BAHARU?

Selepas mencuri tumpuan dunia dengan pelancaran global generasi terbaru Ducati Panigale V4, jenama motosikal Itali itu bersedia untuk melengkapkan kalendar 2025 dengan beberapa model baharu lain. 

Sebaik cuti musim panas berakhir, World Ducati Premier 2025 bakal membuka tirai dengan pelancaran beberapa model baharu.

Menurut Ducati dalam satu kenyataan, WDP2025 kali ini akan membariskan lima episod yang mewakili lima model baharu yang akan mewarnai kalendar 2025. 

Berikut kalendar bagi Ducati World Premier 2025:

  • 19 September – Expand Your Limits
  • 7 Oktober – You can wear black anytime
  • 17 Oktober – Celebratory Beauty
  • 5 November – Extended Experience
  • 5 Disember – Unlock Everyday Adventure

Seperti tahun sebelumnya, kesemua lima episod tidak memberi penjelasan model apakah yang dimaksudkan kecuali episod akhir yang dijadualkan berlangsung pada 5 Disember 2024 yang merujuk kepada sebuah motosikal ‘adventure’. 

Dalam pada itu, episod 4 yang dijadualkan berlangsung pada 5 November pastinya akan dipamerkan di EICMA 2024 yang turut berjalan pada hari sama. 

Apa pun orang ramai boleh menyaksikan kesemua lima episod WDP2025 secara langsung di laman web dan media sosial rasmi Ducati. 

Google ads
Back to top button