Buletin

TEMPAHAN MITSUBISHI XPANDER 2024 FACELIFT KINI DIBUKA, ANGGARAN HARGA RM115K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini mengumumkan tempahan bagi model MPV tujuh tempat duduk Mitsubishi Xpander 2024 facelift kini dibuka.

Tempahan model ini dibuka dengan anggaran harga pengenalan RM115k, untuk masa yang terhad sahaja.

Mitsubishi XPANDER juga dijangka akan dilancarkan dalam bulan yang sama dan sedang dihasilkan di Pekan, Pahang.

Xpander 2024 facelift kini tampil dengan reka bentuk lebih mantap dan rupa yang dinamik. Bahagian belakang kenderaan itu kini menampilkan unit pencahayaan baharu, bampar baharu, kit badan berserta spoiler belakang.

Perincian lain termasuklah, rim 17-inci dengan rekaan dua-tona baharu, dilengkapi dengan kamera tinjauan sekeliling, perakam video digital DVR depan dan belakang.

Bukan itu sahaja, ciri-ciri lain terdapat pada model facelift ini adalah seperti; sensor undur, spoiler, scuff plate serta balutan kulit buatan berwarna coklat.

Ciri-ciri baharu turut dimuatkan adalah seperti kamera perakam video pemanduan serta brek parkir elektrik dan menawarkan jarak kelegaan tanah setinggi 225mm.

Bagi keselesaan dan kemudahan pengguna, ia hadir dengan ruang kargo berkapasiti 837 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat rata.

Dari segi kuasa, Mitsubishi Xpander 2024 facelift kekal dijana oleh enjin empat silinder sebaris 1.5 liter.

Nadi berkenaan berupaya menghamburkan kuasa 105PS/141Nm tork dan dipadankan dengan kotak gear automatik empat kelajuan.

Seperti dinyatakan di atas, Mitsubishi Xpander 2024 facelift boleh ditempah pada harga RM115k dan 500 pelanggan pertama yang menempah menerusi Mitsubishi Online Showroom bakal menerima Naturehike Camping Wagon bernilai RM400.

Google ads
Back to top button