Buletin

MITSUBISHI XPANDER SUDAH MENDARAT. DAH BOLEH PECAH TABUNG SEKARANG!

Nampaknya penantian orang ramai terhadap model MPV terkenal Mitsubishi, Xpander bakal berakhir tidak lama ini.

Ia berikutan beberapa keping gambar jentera itu dirakam di Kuala Lumpur dan telah dikongsi oleh pengguna laman sosial Facebook Jamaan Abd Rahman.

Seperti yang boleh dilihat, Xpander itu menggunakan gril krom dan bukannya hitam seperti dalam laporan sebelum ini.

Xpander merupakan model yang sangat popular di Indonesia. Sudahpun berada di beberapa pasaran ASEAN lain termasuklah Thailand, Filipina dan Vietnam, jentera itu dikatakan bakal dipasang secara tempatan di kilang Nissan di Segambut, KL.

Apabila diperkenalkan nanti, ia pasti menjadi pesaing sengit kepada model Honda BR-V, Perodua Aruz dan Toyota Rush.

MPV tersebut dikuasakan oleh enjin bersesaran 1,500cc dengan sistem pengurusan bahan api MIVEC dan fungsi VVTi. Ia mampu menjana kuasa 102hp dan tork 141Nm tork pada 4000 RPM, sudah cukup untuk membawa chassis Mitsubishi Xpander yang seberat bermula 1,220kg.

Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan. Besar kemungkinan, Xpander hanya ditawarkan dengan transmisi automatik untuk pasaran Malaysia.

Xpander didatangkan konfigurasi tempat duduk yang selesa dengan konfigurasi 2+3+2. Tempat duduk di barisan kedua boleh diubah menjadi perehat tangan sekiranya tidak digunakan.

Berapa pula harganya? Untuk bersaing dengan model Honda, Toyota, Perodua dan Proton, harga mestilah kompetitif. Jadi, jangkakan harganya bakal berada dalam julat RM70,000 hingga RM90,000 ribu bergantung kepada spesifikasi.

Google ads
Back to top button