Buletin

SPYSHOT: MITSUBISHI XPANDER SEDANG DIUJI. TAK LAMA DAH…

Gambar ini dikirimkan oleh pembaca mekanika. Seperti yang dapat anda lihat, ia adalah sebuah mini MPV dari Mitsubishi yang akan masuk ke pasaran tempatan tak lama lagi.

Xpander adalah rangkaian SUV kecil terbaru Mitsubishi yang dipasang di Indonesia dan dieksport ke Thailand dan Filipina.

Buat masa ini, Mitsubishi Malaysia menggunakan kemudahan kilang pemasangan milik Nissan (Edaran Tan CHong Motor) untuk memasang model Outlander dan juga ASX dan besar kemungkinan juga jika Xpander berhasrat untuk mendapat manfaat CKD ia akan dipasang di kilang yang sama

Xpander didatangkan dengan beberapa varian. Kita dapat menjangkakan hanya transmisi automatik berspesifikasi tinggi yang akan dipasarkan di Malaysia.

Di Indonesia XPander turut didatangkan dengan varian GT yang dilengkapi pelbagai ciri tambahan seperti kamera undur, lampu kabus, komponen krom, paparan multi-makluman, skrin sentuh warna bersaiz 4.2 inci, kawalan jelajah dan arahan suara.

Selain itu, lampu corong pendingin hawa untuk penumpang belakang, spoiler belakang dengan lampu LED, dua beg udara, tempat duduk dibalut kulit dan indikator eco turut disediakan.

Xpander hanya didatangkan dengan satu pilihan enjin iaitu enjin petrol bersesaran 1.5 liter berkuasa 105hp dan tork 141Nm yang dipadankan dengan kotak gear automatik empat kelajuan.

Google ads
Back to top button