Buletin

MYVI 2020 TAMPIL WARNA ELECTRIC BLUE, TEKNOLOGI ASA 2.0. HARGA BERMULA RM41,292

Perodua mempertingkatkan ciri keselamatan model Myvi 2020 dengan sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA). Selain itu, model terbaharu ini didatangkan dengan warna luaran baharu berwarna biru (Electric Blue) yang lebih bergaya.

Sebelum ini, sistem ASA hanya ditawarkan pada varian 1.5 AV. Bagaimanapun, bagi versi yang dipertingkatkan, ASA 2.0, ia didatangkan pada varian 1.5 AV dan 1.5 H serta secara pilihan pada 1.3 X.

Model Myvi diperbaharui ini, mendapat sentuhan warna luaran baharu, biru (Electric Blue) bagi semua varian.

Dalam pada itu, warna putih (Ivory White), perak (Glittering Silver), merah (Lava Red) dan kelabu (Granite Grey) boleh didapati pada semua varian kecuali 1.3 G.

Sistem ASA yang diperkenalkan pada model Myvi generasi ketiga pada tahun 2017 membantu mengurangkan risiko pelanggaran.

Ia merangkumi Amaran Pra-Pelanggaran, Brek Pra-Pelanggaran, Amaran Pergerakan Hadapan dan Kawalan Kesilapan Pedal.

ASA 2.0 pula muncul pada model Aruz pada 2019. Sistem ini menambah ciri Pengesan Pejalan Kaki dan meningkatkan kelajuan operasi Amaran Pra-Pelanggaran serta Brek Pra-Pelanggaran.

Sistem ini mula diperkenalkan pada model Axia (2019) dan Bezza (2020). Kini sistem keselamatan ini ditawarkan pada Myvi dengan waranti lima tahun/150,000 km (yang mana terdahulu).

“Dengan kedatangan ASA 2.0, Perodua Myvi kini membawa tahap keselamatan dalam julat harga ini kepada aras yang baharu. Ciri tersebut juga kini terdapat pada lebih banyak varian.

“Melalui model Myvi ini, Perodua terus membawa teknologi keselamatan canggih kepada rakyat dengan menjadikannya mampu milik,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Beliau menambah model Myvi diperbaharu ini terdapat di semua pusat jualan seluruh negara.

Perodua Myvi 2020
VarianHarga
1.3 G MTRM41,292
1.3 G ATRM43,029
1.3 X ATRM44,959
1.3 X AT (dengan ASA 2.0, baharu)RM46,959
1.5 H AT (dengan ASA 2.0, baharu)RM50,530
1.5 AV AT (ASA dipertingkatkan ke 2.0, baharu)RM52,697
Semua harga atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia, mengambil kira pengecualian cukai jualan oleh pihak kerajaan yang akan berlangsung sehingga 31hb Disember 2020.
Google ads
"
"
Back to top button