,
Buletin

KARYA TERBAHARU BANKSY BERTEMAKAN COVID-19 DI LONDON UNDERGROUND. KENA PADAM BAI!!!

Grafiti karya terbaharu artis jalanan Banksy yang menggesa orang ramai memakai pelitup muka di dalam kereta api London Undergound hanya bertahan selama beberapa jam. Ia berikutan karya tersebut telah dipadam Transport for London (TfL).

Banksy telah memuatnaik video karya terbaharu menggesa orang ramai memakai pelitup muka itu sambil tagging kereta api London Undergound dalam Instagram miliknya.

Menurut jurucakap TfL dalam satu kenyataan, hasil kerja tersebut dipadam beberapa hari lalu kerana melanggar  polisi tegas anti-grafiti TfL.

“Biarpun, karya tersebut dipadam, TfL menghargai sentimen menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka.

Bahkan, ingin menawarkan Banksy peluang menyampaikan mesej kepada para pelanggan di lokasi yang lebih sesuai melalui karya baharu,” katanya.

Pada awal Selasa lalu, artis berkenaan telah memuatnaik video memakai pakaian seperti pembersih grafiti di London Underground.

Melalui hantaran post Instagram berkenaan menyebut “Jika anda tidak memakai pelitup muka – anda tidak dapat”

Dalam klip video, Banksy melukis karakter tikus bertemakan corona virus, seekor sedang bersin manakala seekor lagi sedang menggunakan payung terjun diperbuat daripada pelitup muka.

Terdapat juga seekor tikus sedang memegang botol sanitasi.

Selain itu, mengambil lirik lagu kumpulan terkenal Britain era 90-an, Chumbawamba, dia telah menyembur potongan lirik “I get lockdown, but I get up again” di bahagian dalam pintu kereta api dan stesen tersebut. – CNN

Tags
Google ads
Back to top button