Buletin

MRC 2019 BATAL? TAK APA, KITA LAYAN DULU TRI-NATION SPRINT RALLY MALAYSIA

Nampak gayanya, tahun 2019 ini benar – benar menguji semua pihak. Baik yang rakyat marhaen mahupun sektor korporat. Bahang peritnya ekonomi mula dirasakan tempiasnya oleh semua pihak. Tidak terkecuali, penganjuran Malaysian Rally Championship (MRC) 2019 ini.

Menurut sumber, buat masa ini penaja utamanya menghadapi masalah kekangan ekonomi yang agak meruntun sehinggakan penganjuran lumba rali buat masa ini terpaksa direhatkan buat seketika. Termasuklah juga dengan penganjuran Asia Pacific Rally Championship (APRC) yang cukup terkenal dengan aksinya di Ladang Tai Tak, Kota Tinggi.

Lantas, sudah tentu ini berita yang cukup menyedihkan memandangkan rata – rata pasukan yang bertanding telah pun membuat persiapan awal, terutamanya penyediaan kereta lumba dan juga mencari penaja yang bersesuaian.

Tapi usah risau kerana dalam tempoh dua minggu lagi bakal berlangsungnya perlumbaan Tri-Nation Sprint Rally Malaysia bertempat di di Tanamera, Sungai Buloh. Sebetulnya, perlumbaan rally sprint ini pernah membuat kemunculan sulung pada tahun sudah dengan dimenangi pelumba Rachmat dari pasukan MRU Motorsport.

Itu jam jumlah peserta yang bertanding mungkin sedikit kurang disebabkan beberapa faktor seperti jadual dan penambahan kos. Namun untuk saingan yang bakal berlangsung 23 – 24 Mac ini, beberapa nama besar seperti One Motorsports BDRT serta SuciMuci Motorsports juga khabarnya telah bersedia untuk beraksi.

Maklumlah, masing – masing sememangnya dah gian nak meratah selekoh tajam sambil menyedut debu – debu melayang keras menyambar malam di tengah – tengah kota di bawah cakrawala.

Walaupun saingan MRC kebarangkalian untuk hidup tampak tipis bagi tahun ini, pasti bagi pasukan yang bertanding pasti mempunyai perancangan lain. Tidak terkecuali, bagi One Motorsports BDRT selaku juaran bertahan berpasukan MRC 2018.

Brader Karrager sempat bertanyakan khabar kepada Prinsipal, Chepot tentang apa perancangan. Katanya, untuk Rally Sprint ini mereka hampir pasti menyertai dengan empat buah kereta bersedia untuk menggegar Tanamera.

Selain daripada rali tempatan, Chepot juga maklumkan bahawa mereka bercadang untuk beraksi dalam saingan rali Thailand. Cumanya nak mencari penaja baharu bagi merialisasikan hasrat beraksi di sana. Tengoklah nanti Brader Karrager cuba korek lagi tentang perkhabaran ini.

Mungkinkah Chepot bakal mendapat penajaan dari Suraya Seafood? Hmmm budak – budak KL tahulah kat mana Suraya Seefood ni. Sedap wooo!

BACA : SUBARU IMPREZA GC8 WAGON – SELAMBA AJA BAWA MAIN RALI

BACA : DUNIA RALI – RALI PERAK BATAL & WRC BAKAL KEMBALI KE JEPUN

Tags
Google ads
Back to top button