Buletin

KBS RALLY SPRINT 2022 Rd.2 – SIAPA YANG MENANG KALI INI? SALADIN MAZLAN LAGI KAH?

Hujung minggu sudah telah selamat berlangsung KBS Rally Sprint 2022 Rd2 yang diadakan di perkarangan parkir Litar Sepang. Perlumbaan berkonsepkan tarmac rally ini merupakan rentetan daripada perlumbaan pusingan pertama yang telah berlangsung dengan jayanya bulan Oktober yang lalu. Jom baca apa yang menarik tentang KBS Rally Sprint Rd.2 ini

  • Pihak penganjur X One Motorsport telah menggunakan hampir keseluruhan kawasan parkir yang ada di Litar Sepang sekali gus mempunyai jarak laluan perlumbaan yang lebih panjang sebelum ini, sekitar 6 km jauhnya.
  • Walau pun dilihat mempunyai lebih banyak selekoh yang tajam dan mencabar, namun kesedapan untuk memecut laju di laluan lurus turut diberikan perhatian oleh pihak penganjur. Barulah namanya Rally Sprint.
  • Ketika perlumbaan SS1 mula selesai, kelibat YB Adam Adli selaku Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang baharu sempat menjengah perlumbaan memberikan sokongan moral kepada peserta dan paling penting sokongan moral kepada Roduwan Rashid selalu orang kuat penganjuran ini. Chepot sempat membawa YB Adam Adli merasa pusingan dalam trek bersama Official Car yang disediakan. Menurut Chepot yang BK temubual, YB Adam Adli gembira dengan penganjuran acara ini dan besar kemungkinan tahun hadapan akan ada lagi siri KBS Rally Sprint ni. (Menurut Chepot lagi, YB Adam Adli sempat berseloroh mengatakan jikalau laju, mesti seronok kan sewaktu menumpang Official Car tersebut)
  • Perlumbaan pusingan kedua ini Berjaya mendapatkan semaksimum mungkin peserta- 27 buah kereta. Malah ada yang terpaksa menarik diri atas sebab sebab tertentu. Walau pun perlepasan perlumbaan membabitkan sejumlah 25 kereta, namun masih ada yang tidak dapat memulakan perlumbaan / menamatkan perlumbaan SS1 akibat masalah mekanikal.
  • Sahabat BK, Khairul Nizam (Rellik Niezam) hanya sempat bermula sebentar sahaja sebelum Mitsubishi Evo 3 beliau merajuk dan tak mahu hidup langsung. Begitulah kisah rali, dah berbelanja untuk membuat persiapan bagai, namun takdir Tuhan kata kali ini menentukan beliau harus menjadi penonton sahaja.
  • Seorang lagi pemandu, Ezamin Ezham (Zam RS Speed Zag) pula betul betul diuji. Sepatutnya beliau memang mahu berlumba dengan Perodua Kelisa namun memutuskan untuk menggunakan Perodua Myvi yang kondisinya tampak lebih bersedia. Namun Ketika sesi ujian diadakan pada hari Sabtu, Myvi tersebut mengalami masalah conrod. Rayuan dibuat untuk menukar kepada Perodua Kelisa dibuat dan diluluskan. Namun ketika SS1 Kelisa tersebut turut mengalami masalah tetapi masih sempat beraksi dalam SS2. Namun ketika perlumbaan berikutnya, Zam telah terlanggar bucu pembahagi jalan yang mengakibatkan rim ori SSR Type C pecah. Terpaksa DNF. Bertabahlah Zam.
  • Nasib malang turut menimpa buat pemenang Rd.1 apabila Saladin Mazlan kemalangan berlanggar dengan penghadang jalan akibat masalah brek dan mengakibatkan kerosakan yang agak teruk Deus Mini beliau hingga membuatkan harus bersara daripada terus berlumba.
  • Objektif penganjuran untuk mencari orang baharu akhirnya tercapat apabila terdapat satu penyertaan daripada Khairul Izwan yang memandu Proton Wira Aeroback yang hampir standard (tempat duduk pun masih lagi standard tetapi masih dilengkapi dengan Roll Cage). Cumanya penganjur telah memberikan sedikit kelonggaran kepada beliau untuk menukar tempat duduk jenis bucket bagi tujuan keselamatan tambahan dan ajaibnya beliau tetap hadir semula ke lokasi perlumbaan bagi tujuan pemeriksaan kereta. Bertambah ajaib lagi apabila beliau berjaya menamatkan tempat P12 keseluruhan. Satu keputusan yang cukup memberangsangkan.
  • Gandingan lagenda, Saladin Mazlan yang bergandingan dengan Malay Chong selaku Juruarah, manakala anak mereka, Ibrahim Saladin pula bergandingan dengan Victor Chong. Tabik!
  • Shafiq Samsudin yang kelibatnya biasa dilihat berlumba di perlumbaan Toyota Gazoo Racing membuat kemunculan bersama orang rumah, Shasha Shafie dengan memandu Toyota Vios 1.5 sahaja. Hasilnya beliau masih mampu berada di tempat ke 4 keseluruhan. Untuk rekod, beliau bukanlah asing dalam dunia rali sebenarnya, cuma sejak akhir akhir ini beliau dilihat lebih kerap beraksi di trek Litar Sepang.
  • Antara pemandu lain yang turut beraksi memeriahkan suasana termasuklah beberapa rakan BK seperti Faidzal Alang, Shah Bandi yang mewakili HB-LMC-4Flex Rally Team, Carlead Motorsport dan juga pasukan dengan penyertaan terbanyak, Magnax Racing Team. Meriah sungguh.
  • Untuk pusingan kedua ini, ianya berjaya dimenangi oleh Mitch Chong yang memandu Proton Satria, Mohd Roni memandu Honda Jazz dan tempat ketiga Dato Haniff Borhan yang memandu Subaru Impreza WRX.
  • Untuk penutup, selain daripada penganjur yang bekerja keras, tahniah juga BK ucapkan kepada duo DJ permotoran yang bertugas, En Bob dan juga Arif Asyraf Ali yang berjaya menghidupkan suasana dengan celoteh mereka dari pagi hingga ke petang. Syabas semua. Insya Allah kita berjumpa lagi di tahun hadapan.

BACA : KBS RALLY SPRINT RD 1 – SALADIN MAZLAN MENANG DENGAN BERGAYA

BACA : RALLY SPRINT 2022 SIRI 1 – BAKAT BAHARU PUN BOLEH TURUT SERTA. AJOOMMMM!

Google ads

B K

Back to top button