Artikel PilihanBuletin

BENGANG BMW KERAP ROSAK, LELAKI INI SENARAIKAN PADA PINTU KERETA

Kereta rosak adalah perkara biasa. Tapi kereta baru keluar kedai dan kerap rosak itu perkara luar biasa. Melainkan ia adalah jenama mahal seperti BMW, rosak tu memang sebahagian dari pakej yang anda bayar untuk jenama premium ni.

Ini kisah dari negara Estonia. Estonia? Ya. sebuah negara kecil di Utara Eropah yang berjiran dengan Latvia dan Finland. Seorang pemilik kereta BMW telah kecewa dengan pemilikan keretanya.

Ia adalah model 750i, bukannya 316i atau 116i yang jauh lebih murah. Membeli model premium dalam jenama premium, sudah tentu anda mengharapkan kualiti premium.

Tetapi tidak bagi lelaki ini.

Sejak hari pertama keretanya dibawa pulang, beliau tidak berhenti dirundung malang. Beliau lebih banyak berulang alik ke pusat servis menyelesaikan pelbagai masalah.

Apa masalahnya?

Untuk tidak terlupa, beliau senaraikan kerosakan tersebut dengan menampal pelekat di badan keretanya. Masalahnya bermula begini…

Ia bermula kali pertama pada kilometer ke 18,000 bila kipas dalaman kereta rosak.

Kemudian, 2,000 kilometer berikutnya, sunroof pula yang menghadapi masalah.

Pada perbatuan 25,000 kilometer, masalah lebih buruk menimpa. Enjin terus tak berfungsi datang pula masalah elektronik terutamanya pada bahagian papan instrumentasi yang canggih itu.

ENJIN KONG!

Sebagai contoh, enjin Mazda Fighter Abang Japar kini mencatat perbatuan hampir 500,000 kilometer, tiada masalah besar tetapi kereta ini pada perbatuan 45,000 kilometer dia mati terus. Enjin rosak dan ia kemudiannya digantikan dengan unit baru.

Gila kan?.

Bukan itu sahaja. Pemilik mendakwa, casis pula dah mula bergegar.

Mimpi ngeri ini tidak berakhir selepas enjin ditukar pun. Selepas 10,000 kilometer bergerak dengan enjin baru, unit turbo pula yang jahanam.

Menurut pemilik BMW yang malang itu, beliau telah berurusan, komplen dan berulang alik ke pengedar tempatan Inchcape Motors di Estonia.

Tidak pasti samada beliau mendapat jaminan dari pengeluar secara berterusan atau tidak. Tapi itulah hakikatnya tentang kereta premium Jerman. Bawak memang sedap tapi nak harap dia lasak macam Vios memang jauh sekali.

Ya. tuan-tuan. Baik beli Myvi.

Atau kalau nak nampak kaya tapi tak mau pening kepala.

Beli Lexus.

Tags
Google ads
Back to top button