
NISSAN DUNE PATROL DAN FRONTIER RAPID RUNNER, OBJEK UBAH SUAI DARI NISSAN!
Nissan memeriahkan SEMA (Specialty Equipment Market Association) 2025 dengan empat model konsep yang menarik.
Model konsep ini berfungsi sebagai inspirasi kepada peminat dan pemilik untuk melihat model Nissan sebagai objek ubah suai dan meluaskan minat mereka.
Model Nissan untuk SEMA tahun ini terdiri daripada SUV besar Armada, pikap Frontier dan dua model projek dari Forsberg Racing iaitu Z NISMO dan jip Patrol.
Nissan Dune Patrol: Kenderaan Sokongan Selesa untuk Acara Off-Road

Nissan Dune Patrol direka untuk menjadi kenderaan sokongan selesa bagi acara off-road yang paling ekstrem. Model ini dibangunkan sebagai penghormatan kepada sejarah perlumbaan padang pasir Patrol.
Dune Patrol membawa keupayaan lasak model Patrol PRO-4X ke tahap yang lebih tinggi melalui suspensi perlumbaan buatan khas dengan travel yang panjang, fender yang dilebarkan dan roda beadlock prototaip NISMO AXIS 18-inci bersama tayar Yokohama GEOLANDAR M/T G003 37-inci.
Pelbagai perkakasan prototaip dan aksesori NISMO Off Road buatan khas dipasang untuk meningkatkan ketahanan dan menyokong pelumba off-road.

Ini termasuk bampar kelegaan tinggi bersama papan cengkaman (traction board mount) dan tayar ganti bukaan keluar, slider batu yang dipasang pada kerangka, plat penahan bawah, lampu off-road, rak bumbung dan sistem ekzos cat-back.
Untuk pengembaraan yang jauh dari lokasi bekalan, Dune Patrol dilengkapi pelbagai storan di dalam dan di luar untuk semua peralatan penting seperti kotak penyimpanan di bumbung, panel MOLLE untuk tong bahan api dan air, sistem pemampat udara dalam kenderaan dan antena radio jarak jauh.
Nissan Frontier Rapid Runner: Rakan Kayak Arus Deras

Projek Nissan Frontier Rapid Runner adalah transformasi radikal bagi kenderaan projek Trailgater sebelum ini.
Ia dirombak semula oleh POWERNATION TV daripada rig tailgating menjadi teman pengembaraan yang ekstrem untuk sukan kayak arus deras.
Berasaskan Frontier PRO-4X, pikap ini memastikan pendayung dapat mencapai hampir mana-mana lokasi portage berkat keupayaan pengembaraannya.

Dibina berdasarkan keupayaan pengembaraan Frontier PRO-4X, pikap projek ini memastikan pendayung dapat mengakses hampir semua kawasan pemindahan kayak (portage)
Ia dilengkapi sistem rak bumbung dan rak kargo NISMO untuk membawa sejumlah kayak.
Roda prototaip NISMO ASCEND 17-inci yang dibaluti tayar Yokohama GEOLANDAR X-MT 37-inci membantu memberikan daya cengkaman maksimum, manakala suspensi dan gandar dari Nissan TITAN melebarkan lebar trek (track width) bagi menampung roda yang lebih besar.

Bahagian luaran yang menarik perhatian diserlahkan oleh pintu jenis palang dan terbuka, bampar hadapan dan belakang khas dan pendakap fender yang dilebarkan untuk perlindungan tambahan di jalan tanah dan denai.
Untuk meningkatkan keselesaan setelah sesi aktiviti air, Rapid Runner dilengkapi ruang simpanan sut basah dan dayung, pancuran mandian mudah alih yang dipasang pada rak dan panel solar untuk pengecasan.
Selain itu, sarung tempat duduk kalis air Covercraft® buatan khas dan lantai berlapik serba guna disediakan untuk penumpang yang basah dan peralatan yang terendam air.







































