
OMODA | JAECOO MALAYSIA ANJUR ACARA CARI HARTA KARUN 2025 JAECOO J7 PHEV SHS
OMODA | JAECOO Malaysia baru-baru ini menganjurkan acara Pencarian Harta Karun 2025 JAECOO J7 PHEV SHS. Acara tersebut melibatkan pelanggan berskala nasional bagi menampilkan keupayaan sebenar SUV hibrid plug-in jenama itu dalam penggunaan harian.
Acara berbilang hari ini melibatkan 160 peserta dengan 77 unit JAECOO J7 SUV, merangkumi laluan di zon Utara, Tengah dan Selatan Malaysia. Selain pemanduan merentas negeri, peserta turut menyertai pelbagai cabaran interaktif yang menguji kerjasama sepasukan, kreativiti serta kemahiran navigasi.
Menurut Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Men Lin Bo, Sistem Hibrid Super (SHS) OMODA | JAECOO merupakan teras strategi elektrifikasi jenama itu di Malaysia, dengan JAECOO J7 PHEV menjadi model pertama yang menggunakan rangkaian kuasa berkenaan.

Acara ini turut menjadi platform pemilik berkongsi pengalaman dunia sebenar, termasuk kelebihan kecekapan bahan api dan kemudahan pengecasan di rumah.
Keupayaan J7 PHEV sebelum ini juga dibuktikan menerusi beberapa pemanduan jarak jauh, termasuk rekod lebih 1,300 km menggunakan satu tangki minyak dan bateri dicas penuh, serta pemanduan rentas sempadan yang mencapai sehingga 1,427.5 km.

Dipasang secara tempatan di Shah Alam, JAECOO J7 PHEV yang dijual pada harga RM158,800 dikuasakan oleh enjin turbo 1.5 liter dan motor elektrik dengan output gabungan mencecah 347PS dan tork 525Nm.
Sempena musim perayaan hujung tahun, OMODA | JAECOO Malaysia turut menawarkan pakej tambah nilai sehingga RM14,000 bagi pembelian JAECOO J7 PHEV sehingga 31 Disember 2025, tertakluk kepada terma dan syarat.







