Artikel PilihanBuletin

PENDARATAN CEMAS PESAWAT RINGAN DI LEBUHRAYA.

Seorang pelajar penerbangan di San Diego, Amerika Syarikat bertuah kerana berjaya mendaratkan pesawat ringan kendaliannya di tengah-tengah Lebuhraya I-8 yang sibuk dengan kenderaan.

Mengikut laporan The San Diego Union-Tribune, pelajar berusian 35 tahun itu sepatutnya mendaratkan pesawatnya di lapangan terbang latihan berdekatan, bagaimanapun mengalami masalah teknikal.

Pesawat yang dipandunya hilang kuasa secara tiba-tiba. Jurulatih beliau, Ryan Muno telah mengambil alih kawalan tersebut dan membuat keputusan untuk mendaratkan pesawat tersebut di lebuhraya berhampiran kerana itulah satu-satunya pilihan yang ada.

Sepertimana pakar, Muno berjaya menurunkan pesawatnya dengan selamat tanpa sebarang insiden. Walaupun keadaan lebuhraya agak sibuk, namun beliau berjaya mendapatkan “ruang” yang cukup untuk meluncurkan pesawatnya mendarat dan terus berhenti.

https://www.facebook.com/keri.pate/videos/2265295663499008/

 

Google ads
Back to top button