BuletinSpyshot

ADAKAH INI IMEJ PERTAMA SUV FERRARI (PUROSANGUE) YANG BERJAYA DIRAKAM?

Bulan lepas Ferrari memberi beberapa Β maklumat mengenai SUV yang akan mereka lancarkan. Ia diberitahu akan dipasangkan dengan enjin depan pertengahan dan dipacu empat roda. Walaupun eksekutif Ferrari enggan memanggilnya SUV sebaliknya, mendedahkannya sebagai Purosangue.

Susah betul nak sebut namanya.

Pelancaran rasmnya masih jauh. Mungkin perlu beberapa tahun lagi namun media di Eropah telah mula berkongsi video pendek yang didedahkan oleh SupercarsNews yang mungkin mempunyai pandangan pertama tentang apa yang boleh menjadi ujian awal Purosangue.

Adakah ini sebenarnya SUV Ferrari Purosangue?

Susah untuk dijustifikasikan kerana ia nampak seperti GTC4Lusso. Cuma dengan kedudukan titik graviti yang tinggi dari yang biasa.

Adalah lazim bagi pengeluar menguji kenderaan menggunakan kerangka berbeza untuk mengelakkan paparazzi dan menyembunyikan projek hingga ke saat akhir.

Tonton video pendek ini dan beritahu kami apa yang anda fikirkan…

Google ads
Back to top button