Buletin

LAZADA KINI GUNA KHIDMAT PERGHANTARAN TATA SUPER ACE

Pengedar eksklusif kenderaan komersil Tata Motors di Malaysia, DRB-HICOM Commercial Vehicles (“DHCV”) mengadakan majlis penyerahan dua unit pertama Tata Super Ace kepada dua kontraktor pemandu LEL Express, iaitu Reza Sadon Enterprise dan CFD 74 Enterprise.

LEL Express adalah syarikat logistik di bawah Lazada Malaysia (“Lazada”) – platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara. Pengenalan Tata Super Ace ini adalah penting untuk menyokong kontraktor pemandu LEL Express dalam meningkatkan keupayaan penghantaran terakhir mereka.

BACA: DRB HICOM LACAR 3 TRAK TATA BAHARU

Majlis tersebut telah disaksikan oleh Rohime Shafie, Ketua Pengedaran Automotif, Pembuatan & Kejuruteraan, DRB-HICOM Berhad; Rudrarup Maitra, Ketua – Perniagaan Antarabangsa, Kenderaan Perdagangan, Tata Motors Limited; dan Arpit Srivastava, Naib Presiden, Ketua Perkongsian Strategik, LEL Exspress. Di majlis tersebut, Mohd Syahrul Yusuf, Ketua Pegawai Operasi DHCV telah menyempurnakan penyampaian replica kunci- kepada Reza Sadon Enterprise dan CFD 74 Enterprise.

TATA SUPER ACE

Tata Super Ace merupakan trak mini satu tan yang dibina dengan teknologi canggih untuk penyelesaian pengangkutan di dalam dan juga di antara bandar. Kedua-dua trak yang diserahkan kepada kontraktor-kontraktor pemandu ini telah direka khas dengan badan trak berbentuk kotak untuk memenuhi keperluan perkhidmatan penghantaran e-dagang.

Antoine Comar, Pengurus Negara LEL Express, Lazada Malaysia percaya pembelian Tata Super Ace ini akan memberi manfaat yang besar kepada kontraktor mereka.

“Kami gembira dengan pengenalan Tata Super Ace dalam membantu kontraktor pemandu kami di Malaysia. Ini seiring dengan janji kami dalam menawarkan pengalaman terbaik untuk pelanggan kami. Kami yakin dengan sokongan berterusan oleh DHCV, kami dapat mengoptimumkan lagi operasi penghantaran kami “, jelasnya

Google ads
Back to top button