" "
Buletin

LEBUHRAYA DUKE TAWAR SISTEM PEMBAYARAN TERBUKA – PELAKSANAAN DIJANGKA BERMULA SEPTEMBER INI

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) menjadi syarikat konsesi lebuh raya terbaru dan ke-12 mengambil bahagian dalam pelaksanaan sistem pembayaran terbuka.

Lebuh raya Duke juga dipilih sebagai lokasi kedua pelaksanaan Proof of Concept (POC) selepas Lebuhraya Sungai Besi bagi menilai sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) sebelum ia dilaksanakan di semua lebuh raya.

Untuk makluman, pelaksanaan sistem pembayaran terbuka itu dijangka bermula pada September ini.

Senarai 12 lebuh raya tawar sistem pembayaran terbuka mulai September 2023:

  • Lebuhraya Sungai Besi
  • Lebuhraya Baru Pantai
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur
  • Lebuhraya Koridor Guthrie
  • Jambatan Pulau Pinang
  • Lebuhraya Butterworth–Kulim
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
  • Lebuhraya Shah Alam (Kesas)
  • Terowong SMART
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)
  • Lebuhraya Duta–Ulu Klang (DUKE)

“Seperti yang diketahui umum, pelaksanaan sistem pembayaran tol terbuka ini merupakan persediaan awal peralihan ke arah MLFF sebelum dilaksanakan sepenuhnya secara berfasa selewat-lewatnya pada suku ketiga 2024.

“Usaha ini diharap dapat memberikan peluang kepada kerajaan, syarikat konsesi serta pihak terlibat untuk mengenal pasti dan menyelesaikan segala isu-isu boleh merencatkan kelancaran pelaksanaan MLFF ini kelak,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau lagi, pelaksanaan MLFF diharapkan dapat menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di plaza tol selain memberikan kemudahan dan memastikan keselamatan semua pengguna lebuh raya terjamin.

“Ketika ini, pelaksanaan sistem pembayaran terbuka, POC dan MLFF ini masih mengikut jadual dan kementerian sedang giat berusaha memastikan kesemua perancangan dapat dijayakan dengan lancar.

“Saya memohon kerjasama semua pihak agar dapat bersabar serta memberikan sedikit masa kepada pasukan di kementerian ini yang komited dalam melaksanakan sistem pembayaran terbuka ini sekali gus memastikan transisi MLFF dapat dilaksanakan.” – The Rakyat Post

Google ads
Back to top button