Buletin

PENGALAMAN 10 BINTANG CARE THAT AMAZES DARIPADA TOYOTA

Toyota memang cukup sinonim dengan produk  yang boleh dipercayai, tahan lasak dan menjimatkan bahan api. Sejak tahun 1960-an lagi, generasi demi generasi pengguna menikmati kemudahan mobiliti yang disediakan oleh Toyota.

Seperti biasa, Toyota sentiasa berusaha bukan sahaja untuk memenuhi ekspektasi pelanggan, malah melangkauinya. Terutama dari segi pengalaman pemilikan kenderaan Toyota.

TOYOTA BUKA PUSAT 2S DI PANDAN INDAH

Maka tidak hairanlah jika UMW Toyota Motor (UMWT) memberi fokus terhadap aspek tersebut menerusi program Care that Amazes. Ia bermula dari pelanggan mengunjungi bilik pameran untuk melihat model-model terbaharu, sehinggalah menjadi pemilik selama bertahun-tahun lamanya.

Hampir 100 bilik pameran di seluruh negara

Tidak sukar untuk mencari bilik pameran Toyota. Selepas berminat dan mahu membeli sebuah kereta Toyota, semua urusan pembelian akan diuruskan oleh kakitangan UMW Toyota. Jika pelanggan memerlukan pembiayaan, Toyota Capital Services dan panel institusi kewangan sedia membantu.

Jaminan selama 5 tahun, perbatuan tanpa had

Sudahlah kenderaan Toyota terkenal dengan kualitinya, UMW Toyota kini menawarkan pula jaminan selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had. Perlindungan itu memang memberi ketenangan minda kepada setiap pemilik.

Lebih menarik lagi, jaminan itu boleh dipindahkan kepada pemilik baru jika kenderaan dijual dalam tempoh jaminan. Ini sekali gus dapat meningkatkan nilai jualan semula kereta tersebut.

Perkhidmatan Toyota 24Seven Road Assist

Anda boleh menikmati perkhidmatan bantuan tepi jalan 24 jam, tujuh hari seminggu Toyota. Ia menawarkan sokongan jika pelanggan berdepan kecemasan di mana-mana sahaja di Malaysia. Program ini adalah percuma untuk tahun pertama pembelian kereta baharu Toyota.

Anda hanya perlu membuat satu panggilan untuk mendapatkan bantuan yang merangkumi servis menunda ke pusat servis Toyota berhampiran.

Memperbaharui cukai jalan dan insurans

Pelanggan boleh memperbaharui cukai jalan dan insurans dengan lebih mudah. Hanya perlu hubungi dan semuanya akan diuruskan dengan pantas.

Aksesori tulen & jaminan alat ganti selama setahun

Jika anda berminat untuk menambah aksesori tulen Toyota, ia ada ditawarkan. Sekiranya berlaku kerosakan pada kenderaan, ia akan dibaiki secara profesional di mana-mana Pusat Badan & Cat Toyota. Semua pembaikan ini hadir bersama jaminan selama setahun untuk alat ganti yang digunakan (tertakluk kepada terma dan syarat).

TopMark tawar kenderaan terpakai Toyota yang berkualiti

Bukan semua orang mahu membeli kereta baru. Bagi mereka yang ingin memiliki sebuah kenderaan Toyota terpakai, TopMark (anak syarikat milik penuh UMW Toyota) ialah lokasi yang harus anda kunjungi.

TopMark menawarkan kenderaan yang sudah diperiksa dengan rapi, termasuklah menyelesaikan isu-isu seperti pinjaman sebelum ini. Semua kereta yang dijual oleh TopMark juga didatangkan dengan jaminan selama setahun untuk memberi ketenangan minda kepada pembeli.

Aplikasi Toyota Drive

Boleh dimuat turun ke telefon iOS dan Android, aplikai Toyota Drive memudahkan urusan pemilik kenderaan Toyota. Mereka hanya perlu mendaftar dengan UMW Toyota untuk mengakses sejarah servis. Selain membuat temu janji untuk menyelenggaraan kereta masing-masing.

Maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Toyota di Malaysia, sila layari laman web: Toyota.com.my atau hubungi TOYOTA FREEPHONE: 1800-8-TOYOTA (869682)

BACA: TOYOTA DIJANGKA LANCAR 3 KERETA SPORTS TIDAK LAMA LAGI!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button