Buletin

PERODUA TAWAR HADIAH SEHINGGA RM20K PADA ACARA MALAYSIA AUTOSHOW 2019

Perodua bakal menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM20,000 dan tawaran eksklusif kepada mereka yang mengunjungi Malaysia Autoshow 2019.

Berlangsung  di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dari 11 hingga 14 April, acara itu dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii). 

Pengunjung yang menempah Myvi, Axia, Bezza atau Alza akan menikmati rebat khas sebanyak RM500 dan peluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM20,000 sepanjang empat hari itu. Di samping pelbagai peranti elektronik serta promosi 3 Hassle Free Bonus, semasa pendaftaran kenderaan baharu mereka.

Promosi 3 Hassle Free Bonus merangkumi Perlindungan Aset Dijamin dan Perlindungan Kemalangan Peribadi selama tiga tahun ketika memperbaharui insurans dan/atau servis. Manakala baucar RM300 boleh digunakan untuk sebarang pembelian dan perkhidmatan di pusat servis Perodua.

Pakej minyak pelincir terpilih boleh didapati pada diskaun sehingga 15% dan aksesori terpilih sehingga 10%. Koleksi GearUp turut ditawarkan dengan diskaun 10%.

Pengunjung yang membelanjakan RM150 dan lebih untuk pembelian barangan selepas jualan boleh membawa pulang tumbler Perodua. Manakala mereka yang membelanjakan RM150 dan lebih untuk membeli e-baucar akan mendapat payung Perodua, sementara stok masih ada. 

Pengunjung yang membeli atau menempah bodykit atau pakej GearUp pula akan mendapat e-baucar semasa pendaftaran kenderaan baharu mereka yang ditempah di acara ini.

Baucar itu bernilai RM150 untuk Myvi dan Alza, RM200 untuk Axia dan RM300 untuk Bezza. E-baucar ini boleh digunakan untuk sebarang pembelian dan perkhidmatan di pusat servis Perodua.

Kenderaan konsep Perodua dari Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18), iaitu X-Concept dan Myvi GT akan turut dipamerkan di Malaysia Autoshow 2019.

Google ads
Back to top button