Buletin

INI CARA AJAR ANAK SUKA SANGAT MAIN PS4. LENYEK DENGAN DODGE CHALLENGER, GUNA MYVI PUN BOLEH JUGA

Bermain permainan video boleh menyebabkan seseorang menjadi ketagih. Jika dibiarkan begitu sahaja, tabiat buruk itu boleh membawa kepada kesan buruk dalam 

Seorang bapa yang berang kerana anaknya sentiasa bermain permainan video dan menyebabkan gred akademiknya merudum mengambil langkah drastik untuk menangani masalah itu. 

Tre Cosby memulakan videonya dengan memasukkan sebuah PlayStation ke dalam satu beg berwarna putih dan berkata, “Hai semua, sekali lagi, budak-budak dan barang elektronik memang tidak mahu mendengar kata. Jadi, anak bongsu saya akan lihat PlayStation dia dimusnahkan.” 

Dia kemudian turun ke tingkat bawah di mana anaknya sedang lepak bersama ahli keluarga yang lain. Tre  sebelum ini memang marah kerana anak lelakinya itu tidak lagi membantu membuat kerja rumah dan kerap ponteng sekolah. 

“Kamu masih menonton YouTube pagi ini dengan PlayStation? Apa saya beritahu apa yang akan berlaku kalau kmu tidak dengar cakap? PlayStation ini akan terima akibatnya,” kata Tre.

Dia kemudian mengarahkan anaknya keluar rumah, sebelum memberinya batang besi untuk menghancurkan konsol tersebut.

Tidak berpuas hati dengan anaknya yang tidak mengetuk PlaysStation itu sekuat hati, Tre kemudian mengangkat batu dan menghampaskannya di atas peranti tersebut. 

Tre kemudian meletakkan beg itu di bawah tayar belakang Dodge Challenger dan melenyeknya. Video yang baru dimuat naik pada 15 januari 2019 itu sudah mencatat lebih enam juta tontonan.

Mungkin ini cara terbaik hendak sedarkan anak. Ye lah, cakap elok-elok tak mau dengar. Sampai tahap macam ni nak menyesal pun dah tak guna. PlayStation pun dah hancur. 

Kepada ibu bapa yang ada masalah sama, mungkin boleh ikut cara yang ekstrem ini. Selamat mencuba! 

Google ads
Back to top button