Buletin

NISSAN BAKAL LANCAR SEDAN BAHARU DI SHANGHAI. MUNGKIN SYLPHY 2019

Selepas terpalit dengan skandal mega berikutan penahanan bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Carlos Ghosn atas dakwaan melakukan jenayah kewangan, Nissan ingin orang ramai kembali berbicara tentang produk keluarannya. 

Justeru, Nissan dijangka memperkenalkan sebuah kereta baharu pada acara Shanghai Auto Show yang bermula pada 16 April depan.

Tiada perincian diberi selain daripada kereta itu bakal dilengkapi rekaan baharu dan barisan teknologi Nissan Intelligent Mobiliti. 

Biarpun begitu, ramai yang boleh meneka bahawa sedan itu ialah Sylphy. Sedan segmen C tersebut dilihat menerima pengaruh rekaan model lebih besar, Teana.

Seperti biasa, bahagian hadapannya dimonopoli olej gril V-Motion yang diapit sepasang lampu utama yang panjang dan nipis. Bahagian belakang pula dikemaskan dengan lampu yang memanjang dan sepasang lampu kabus. 

Dari segi rangkaian kuasa, Sylphy mungkin dipasang dengan enjin empat selinder bersesaran 1.6 liter yang telah dinaik taraf dan mampu menjana kuasa maksimum 137hp. 

Selain sedan itu, Nissan dijangka mempamerkan dua model konsep iaitu IMs dan crossover IMQ. Bukan itu sahaja, ruang pameran Nissan akan diisi dengan model-model seperti Lannia, LEAF, Latio, GT-R, selain SUV Kicks, Murano, Patrol, Qashqai, Terra dan X-Trail.

Google ads
Back to top button