Artikel Pilihan

INI CARA BETUL BUKA TAYAR GANTI PERODUA ARUZ

SHARE

Bagi pemilik kereta Perodua Aruz Pernahkah anda terfikir bagaimanakah cara untuk anda menukar tayar kereta?.

Seperti yang pihak kami terangkan pada hantaran sebelum ini, Perodua Aruz ialah sebuah Kenderaan Utiliti Sport yang menggunakan kerangka ladder frame sama seperti Toyota Hilux dan juga Toyota Innova. Jadi bagi kenderaan begini, tayar ganti ada disimpan dibawah cabin dan digantung pada kerangka ladder frame di bahagian belakang.

Bagi memulakan proses menukar tayar, pemandu hendaklah terlebih dahulu mengambil alat pembuka tayar yang disimpan di bawah tempat duduk pemandu hadapan.

Pemandu hendaklah menyambung 3 batang besi yang ada, ketatkan sedikit dengan menggunakan spanar, dan cari satu lubang yang ada di belakang cabin di pintu belakang ruang akses barangan. Jangan sesekali menggunakan buluh ye tuan – tuan, memang tak akan boleh bukak.

Masukkan besi tadi ke dalam lubang, padankan besi penyambung tadi dengan mekanisma kunci tayar simpanan. Dengan bantuan pembuka tayar, sambungkan pembuka tayar ke besi sambungan tadi dan pulas arah lawan jam.

Tayar simpanan akan turun sedikit demi sedikit. Jadi anda akan boleh mengambil tayar simpanan yang telah diturunkan. Untungnya Aruz ini, ia datang dengan tayar simpanan lengkap dengan Rim sukan.

Bagi menggunakan jek tayar, letakkan jek di bahagian bawah tayar berhampiran dengan bar anti oleng belakang.

Gunakan balik besi yang disambung tadi, sangkutan pada jek pusingkan jek mengikut arah jam. Bagi memudahkan kan pemahaman anda, ada 2 video yang dirakam oleh Encik M Khairul Hatta, penasihat jualan Perodua dan dibantu oleh En. Selvaraj.

Terima kasih kerana bersusah payah merakamkan video ini. Diharapkan video dan hantaran ini membantu pemilik Aruz menggunakan jek dan menukar tayar dengan cekap. Oh ya pesanan dari kami, pastikan tuan tuan menukar tayar di kawasan yang selamat, bukan di laluan kanan lebuh raya ya.


Tags
Google ads
Back to top button