Buletin

PREC JALIN KERJASAMA DENGAN BATERIKU.COM – TINGKAT PENGALAMAN PENGUNJUNG SACC MALL

PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC), sebuah entiti khas ditubuhkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengumumkan kerjasama bersama Bateriku.com.

Kerjasama ini melibatkan Connected Roadside Assistance Solutions (CRAS) di mana Bateriku.com berperanan membekalkan perkhidmatan kecemasan bantuan kenderaan secara ‘on-demand’ kepada pengunjung, peniaga dan juga pemilik kenderaan di sekitar radius SACC Mall, Shah Alam.

Untuk makluman, penyewa dan pengunjung hanya perlu mengimbas kod QR di pintu masuk SACC bagi mendapatkan perkhidmatan kecemasan bantuan kenderaan ‘on-demand’ dari Bateriku.com.

Selepas pelaksanaan CRAS di SACC Mall, usahasama ini seterusnya bakal dibangunkan di semua premis komesial PREC seperti Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Menara Worldwide Bukit Bintang, Wisma Yakin Kuala Lumpur serta Menara PKNS Petaling Jaya.

Selain itu, dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani antara kedua-dua syarikat ini turut menyediakan peluang pekerjaan bagi komuniti di Shah Alam menerusi ekosistem gig ekonomi Bateriku.com.

Tambahan, komitmen ini diserlahkan lagi menerusi pembangunan Kabin Pitstop Bateriku.com yang akan ditempatkan di tempat letak kereta utama SACC Mall.

Bateriku.com menerusi syarikat media automotif di bawah naungannya, MotorManiac, turut bersetuju untuk menganjurkan acara-acara automotif bagi menarik kunjungan peminat ke premis ikonik di Shah Alam.

Melalui kerjasama strategik ini, Bateriku.com juga memberi peluang menarik kepada penyewa dengan menawarkan diskaun istimewa, baucar dan kupon.

Google ads
Back to top button