Buletin

SIAPALAH PEDAJAL BATERIKU.COM, RIDER FOODPANDA? PRANK PESANAN MAKANAN HAMPIR RM500

Syarikat Bateriku.com., menerima prank pesanan makanan berjumlah hampir RM500 yang dihantar ke alamat premis syarikat terbabit.

Dalam satu kenyataan, Bateriku.com berkata, penghantaran makanan itu dilakukan secara sengaja oleh pihak tidak bertanggungjawab yang telah menyusahkan 15 penghantar makanan Foodpanda kira-kira pukul 1.30 petang.

“Kesemua penghantar makanan memaklumkan mereka menerima pesanan prank yang beralamat di pejabat kami dimana mereka menunjukan bukti pesanan makanan di aplikasi mereka.

“Kesemua jenis pambayaran untuk pesanan makananan yang ditempah adalah secara tunai berjumlah hampir RM500,” katanya dalam satu kenyataan.

Pihak Bateriku.com menjelaskan telah memaklumkan kepada Foodpanda untuk menghentikan sebarang penghantaran makanan kepada alamat syarikat tersebut.

Bagaimanapun, niat pihak yang tidak bertanggungjawab itu tidak tercapai apabila Foodpanda tidak mengenakan sebarang caj pembayaran.

“Apa lagi rezeki jangan ditolak, kebetulan waktu makan tengah hari.

“Kesudahannya, makanan yang dipesan oleh prankster tadi, sama-sama dikendurikan oleh rider Foodpanda dan Hero Bateriku,” tambahnya. -Kosmo!

Google ads
Back to top button