" "
Buletin

BATERIKU.COM, ACO TECH PERKENAL ATLASASSIST 24/7 – AKSES MUDAH PERKHIDMATAN BANTUAN TEPI JALAN

Bateriku.com, peneraju penyelesaian bantuan tepi jalan berhubung di Malaysia, kini menjalin kerjasama strategik bersama ACO Tech, pakar mobiliti pintar dan penyedia teknologi ketersambungan kenderaan tempatan.

Dikenali sebagai ATLASAssist 24/7 by Bateriku.com, ciri pintar ini berupaya meningkatkan tahap keselamatan pemandu.

Perkongsian ini menandakan integrasi digital pertama seumpamanya di Malaysia antara pembekal teknologi OEM automotif dan penyedia perkhidmatan bantuan tepi jalan.

Pemilik kenderaan yang dilengkapi sistem infotainmen ATLAS daripada ACO Tech akan menikmati akses mudah kepada pelbagai perkhidmatan bantuan tepi jalan. Antara perkhidmatan tersedia adalah;

  • Bantuan bateri
  • Tampalan tayar
  • Isian bahan api kecemasan
  • Penyelesaian terkunci dalam kenderaan
  • Perkhidmatan tunda

Perkhidmatan ini semuanya boleh diakses terus dari skrin sistem infotainmen dalam kenderaan mereka.

Dengan hanya satu sentuhan pada sistem infotainmen ATLAS, pengguna boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan Bateriku.com yang beroperasi 24 jam sehari, memastikan bantuan tiba dalam tempoh 30 minit atau kurang, tanpa mengira lokasi mereka.

ATLASAssist 24/7 by Bateriku.com kini tersedia untuk model kenderaan terpilih yang dilengkapi sistem ATLAS IHU, dengan liputan yang dijangka diperluaskan melalui kemas kini perisian over-the-air (OTA) secara berperingkat.

Melalui inisiatif ini, pemilik kenderaan boleh memandu dengan lebih yakin, mengetahui bahawa sebarang kecemasan atau kerosakan boleh diselesaikan menerusi sambungan digital yang pantas serta efisien.

Google ads
Back to top button