Buletin

BATERIKU.COM JALIN KERJASAMA DENGAN EMERALD-BREMBO. TAWAR PAD BREK BREMBO UNTUK MYVI, PROTON, HONDA DAN TOYOTA

Bateriku(M) Sdn.Bhd. (Bateriku.com) telah berkolaborasi dengan Emerald Auto Sdn Bhd (Emerald-Brembo) untuk menawarkan pad brek BREMBO tulen berkualiti premium pada harga mampu milik buat pelanggan lama atau baru di semua pit stop Bateriku.com yang terpilih.

Kolaborasi ini akan menyaksikan Bateriku.com yang merupakan pembekal khidmat ‘Connected Road side Assistance Provider’ (CRAS) menawarkan produk brek pad terkemuka dunia, BREMBO kepada semua lapisan masyarakat.

Dengan tagline “Every Car Deserves BREMBO”, kolaborasi ini dimulakan dengan menawarkan pad brek kepada model seperti Myvi, Proton, Perodua, Honda dan Toyota melalui ekosistem Bateriku.com yang memberi khidmat kepada hampir 1 juta pelanggan.

Dengan jumlah kenderaan yang semakin meningkat di Malaysia, Bateriku.com kini bukan sahaja menawarkan servis dan penukaran bateri. Ia juga membekalkan produk dan servis automotif lain untuk dimanfaatkan oleh semua pengguna kenderaan.

Emerald-Brembo ialah satu-satunya pengedar produk BREMBO rasmi di Malaysia yang membekalkan pelbagai jenis variasi pad brek dan cakera brek untuk semua jenis model kenderaan di Malaysia.

“Kami percaya kolaborasi ini akan dapat membina ekosistem yang lebih baik bagi memberi kemudahan kepada pelanggan.

“Sebagai pengedar rasmi produk BREMBO yang merupakan sistem brek bertaraf dunia dari Itali, Emerald yakin Pitstop Bateriku.com, BHero dan BPreneur di seluruh Malaysia akan dapat memudahkan semua pengguna kenderaan untuk mendapatkan produk BREMBO tulen yang berkualiti tinggi pada harga berpatutan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Emerald-Brembo, Markz Lim.

Google ads
Back to top button