Buletin

PROMOSI RAYA VOLKSWAGEN MALAYSIA 2016

Hari Raya kali ini, pulang ke kampung dengan Duit Raya sebanyak RM2,000 untuk semua model Volkswagen yang ditawarkan mulai sekarang hingga 31 Julai 2016.

Volkswagen-Raya-promo-2016-mekanika (4)

Model-model terpilih seperti Golf, Beetle dan Volkswagen CC turut menikmati rebat tunai tambahan, selain daripada promosi Duit Raya ini. Tawaran ini adalah sementara stok masih ada. Rebat tunai juga berbeza dan bergantung kepada model.

Sebagai contoh, Volkswagen CC hadir bersama rebat tunai tambahan sebanyak RM68,000. Rebat tunai untuk Cross Touran ialah RM58,000. Manakala pelanggan yang membeli Golf GTI akan menerima rebat tunai tambahan sehingga RM34,000 Beetle Design (RM14,000), Beetle Sport (RM9,000) dan Golf (RM13,000).

Volkswagen-Raya-promo-2016-mekanika (5)

Vento yang dilancarkan baru-baru ini tidak terkecuali. Volkswagen akan membayar bayaran bulanan anda sehingga akhir tahun untuk kereta yang ditempah dalam tempoh promosi ini.

Untuk layak menerima promosi ini, semua tempahan mestilah dibuat dalam tempoh promosi. Ia tertakluk kepada terma dan syarat, sehingga stok masih ada.

Volkswagen-Raya-promo-2016-mekanika (2)

Dengan Hari Raya bakal menjelang tidak lama lagi, inilah masa terbaik untuk mengunjungi pengedar Volkswagen berhampiran dan pandu pulang model pilihan anda pada harga yang hebat.

Maklumat lanjut mengenai Promosi Raya Volkswagen 2016, kunjungi bilik pameran Volkswagen berhampiran atau layari laman web www.volkswagen.com.my

Google ads
Back to top button