Motosikal

VOLKSWAGEN BAKAL JUAL DUCATI?

Gergasi automotif Eropah, Volkswagen, didakwa sedang berhadapan krisis kewangan yang serius menurut laporan The Financial Times.

Laporan tersebut turut memaklumkan bahawa jenama gergasi Jerman itu mungkin terpaksa menjual beberapa anak syarikat dibawah payung Volkswagen, antaranya Ducati. 

Dakwaan itu muncul selepas Volkswagen sudah pun melepaskan beberapa pegangan termasuk Everllence dengan penjualan EUR10 billion (RM46.5 bil) minggu lalu. 

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen, Oliver Blume, turut menyatakan hasrat untuk mengurangkan tenaga perkerja sebanyak 100,000 kakitangan dari 625,000 sedia ada .

Difahamkan, susulan kejayaan penjualan Everllence yang berjaya meraih EUR10bil, Financial Times mendakwa bahawa penjualan Ducati – yang pernah dipertimbangkan pada 2017 – mampu meraih angka yang lebih tinggi. 

Untuk rekod, Volkswagen AG merupakan syarikat pemilik kepada beberapa jenam besar antaranya Ducati, Lamborghini dan Porsche berserta beberapa pengeluar kecil. 

Bagaimanapun, ketiga-tiga jenama itu merupakan yang paling bernilai dan mampu merekodkan keuntungan besar sekiranya terjual. 

Google ads
Back to top button