
Buletin
PROTON LANCAR X70 1.5 TGDi PREMIUM X, HARGA BERMULA RM126K
Proton baru-baru ini mengumumkan ketersediaan bagi varian baharu X70 1.5 TGDi Premium X, yang merupakan SUV segmen C.
Varian baharu ini hadir secara eksklusif dalam pilihan warna Quartz Black (hitam) dan dilengkapi bumbung suria.
Untuk rekod, ciri bumbung suria sebelum ini hanya tersedia bagi varian 1.8 TGDi.

Dari segi spesifikasi, 1.5 TGDi Premium X adalah hampir sama dengan 1.5 TGDi Premium di mana ia dikuasakan enjin petrol tiga silinder 1.5 liter pengecas turbo dan dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan, menghasilkan 175hp dan 255Nm tork.
Perincian standard lain adalah seperti berikut:
- Rim aloi 19-inci
- Lampu depan projektor LED
- Pintu belakang dengan akses bebas tangan
- Upholsteri kulit Nappa
- Tempat duduk hadapan laras kuasa
- Sistem infotainmen skrin sentuh 8-inci
- Sembilan pembesar suara
Proton X70 1.5 TGDi Premium X kini boleh dimiliki pada harga bermula RM126,800 di atas jalan tanpa insurans.
- BACA: FOTO INTIP: PROTON S50 SEDANG DIUJI DI TANJUNG MALIM – SAINGAN KEPADA HONDA CITY, TOYOTA VIOS
- BACA: PROTON JALIN KERJASAMA DENGAN AAPICO – MELABUR SEBANYAK RM140 JUTA
- BACA: PROTON S50 DIKESAN DIPANDU UJI DI SUBANG JAYA – TAMPIL STERENG SEBELAH KANAN
- BACA: PROTON X90 TERIMA 5,000 TEMPAHAN SEJAK MEI 2023. VARIAN FLAGSHIP PALING LARIS, 500 UNIT SUDAH DISERAHKAN KEPADA PELANGGAN

