Buletin

PROTON JALIN KERJASAMA DENGAN AAPICO – MELABUR SEBANYAK RM140 JUTA

Proton hari ini mengumumkan kerjasama bersama syarikat alat ganti kenderaan dari Thailand, Aapico Hitech Public Company Limited (Aapico), untuk mengeluarkan komponen dan alat ganti  seperti dies, jig, hot stamping serta casis.

Aapico juga membuat pelaburan awal sebanyak RM40 juta ke atas kemudahan seluas 20 ekar AVEE Global disusuli pelaburan RM100 juta dalam perancangan 2024 dari segi peluasan kilang serta pemerolehan jentera baharu.

Tambahan, kemudahan pembuatan sedia ada berupaya meningkatkan jumlah pengeluaran termasuk model baharu yang kini dalam perancangan.

Menerusi pengalaman dan kepakaran Aapico, ia membolehkan pengurusan operasi serta penggunaan teknologi baharu diaplikasikan sekali gus mampu mengeluarkan alat ganti berkualiti selain, mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Bagi Proton, usaha sama ini mengukuhkan lagi cita-cita syarikat untuk menjadi pemain utama dalam pasaran automotif di Asia Tenggara.

“Kerjasama ini bakal memberi manfaat kepada Proton, terutama dari segi kos, kecekapan dan kualiti yang lebih baik dalam pengeluaran kereta nasional kita,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Li Chunrong.

Dalam pada itu, pelaburan berkenaan adalah selaras dengan usaha kementerian untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya saing.

Google ads
Back to top button