RON95 RM1.99 SELITER: JPN TAWAR TUKAR BARU MYKAD SECARA PERCUMA HINGGA 7 OKTOBER INI
Susulan pengumuman pelaksanaan inisiatif BUDI95 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang ramai kini boleh menukar cip MyKad yang rosak secara percuma hingga 7 Oktober ini.
Perkara itu disampaikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang turut memaklumkan bahawa penukaran cip Mykad yang rosak secara percuma itu boleh dibuat di kaunter dan pejabat JPN seluruh negara.
Untuk rekod, seluruh rakyat Malaysia dengan kad pengenalan (MyKad) dan lesen memandu yang aktif berpeluang menikmati RON95 RM1.99 seliter bermula 30 September ini.
MyKad diperlukan sewaktu transaksi di kaunter stesen minyak, pam dan aplikasi stesen minyak (Touch ’n Go eWallet, Setel dll) bagi menikmati harga baharu RON95 itu dengan kuota 300 liter sebulan.








