SAHIH RALLY SAUDI ARABIA BERMULA TAHUN HADAPAN.
Promoter WRC akhirnya mengesahkan satu lagi detik bersejarah apabila secara rasmi mengumumkan telah memeterai perjanjian selama 10 tahun untuk berlangsungnya Rally Saudi Arabia bermula pada kalendar FIA World Rally Championship (WRC) tahun hadapan 2025.
Perkara tersebut diumumkan ketika sedang berlangsungnya perlumbaan pusingan keenam kalendar WRC di Rally Italia Sardegna. Perjanjian ini menandakan kepulangan semula acara WRC ke Timur Tengah buat pertama kali semenjak Rally Jordan pada tahun 2011. Lebih daripada sekadar langkah strategik, perjanjian itu menggariskan komitmen WRC untuk menyediakan peminat di seluruh dunia pengalaman yang segar dan menggembirakan.
Rally Saudi Arabia akan menjanjikan landskap negara yang pelbagai serta mencabar pada permukaan yang terdiri daripada batu gunung berapi hingga kawasan padang pasir, menyediakan ujian baru untuk kru dan pemand dengan keadaan yang tidak pernah ditemui dalam sejarah WRC sebelum ini.
Walaupun Arab Saudi adalah pendatang baharu dalam WRC, ia mempunyai rekod prestasi yang terbukti sebagai tuan rumah untuk pelbagai acara sukan antarabangsa termasuk Rali Dakar, Formula 1, bola sepak dan juga golf.
DYMM Putera Khalid Bin Sultan Al Abdullah Al-Faisal, Pengerusi Persekutuan Automobil dan Motosikal Saudi dan Syarikat Permotoran Saudi, gembira mengalu-alukan WRC ke Arab Saudi. “Kami sangat teruja untuk menjadi tuan rumah FIA WRC buat kali pertama pada tahun 2025. Ketibaan satu lagi siri perlumbaan bertaraf global di Arab Saudi mengesahkan tahap transformasi kami menjadi hab utama untuk sukan permotoran di rantau ini,’ ujar DYMM Putera Khalid Bin Sultan Al Abdullah Al-Faisal.
Untuk rekod, Arab Saudi sebelum ini telah pun menjadi tuan rumah kepada acara perlumbaan Formula Satu, Formula E, Extreme E, Rali Dakar dan kini perlumbaan WRC akan memasuki senarai penganjuran yang luar biasa mereka ada.
Presiden FIA Mohammed Ben Sulayem pula menambah: “Ini adalah saat yang hebat untuk sukan permotoran di Timur Tengah. Sudah lebih sedekad sejak kali terakhir WRC melawat rantau ini, dan dari pengalaman saya sendiri, saya tahu betul cabaran unik itu. yang akan dihadapi oleh Pemandu dan Juruarah apabila Rally Saudi Arabia bermula pada 2025”.