Motosikal

HONDA CB1000 HORNET LANCAR HUJUNG TAHUN INI

Honda dijangka akan melancarkan CB1000 Hornet hujung tahun ini selepas motosikal itu julung kalinya dipamerkan di EICMA tahun lalu. 

Walaupun sudah beberapa bulan berlalu namun Honda masih kunci mulut dan enggan mendedahkan segala maklumat mengenai motosikal tersebut. 

Bagaimanapun, paten terbaru mengesahkan CB1000 itu bakal memasuki peringkat pengeluaran tidak lama lagi. Paten terbaru itu mendedahkan sistem pengambilan udara (air intake) yang dibangunkan Honda khas untuk CB1000. 

Menariknya, sistem pengambilan udara itu unik kerana Honda telah menempatkan ‘intake’ tersebut di antara tangki dan lampu hadapan. 

Paten tersebut menjelaskan bahawa lebih banyak udara yang akan disedut dari bahagian sisi panel badan sekaligus akan membantu radiator untuk menyejukan enjin. 

Selain itu, honda turut berkata posisi ‘intake’ itu juga bermakna bunyi ‘intake’ enjin akan disalurkan terus kepada penunggang. Yamaha turut mengguna pakai ciri sama menerusi MT-09 generasi terbaru dengan menempatkan corong di bahagian atas tangki. 

Sementara itu, walaupun Honda masih menyembunyikan info terperinci mengenai enjin namun terdapat laporan bahawa CB1000 ini menawarkan lebih dari 148hp. Menariknya, CB1000 ini dikuasakan enjin CBR1000RR keluaran 2017. 

Menurut Honda, CB1000 Hornet ini akan hadir dengan harga lebih rendah berbanding CB1000R sedia ada. Ini kerana berbanding CB1000R yang hadir dengan gaya ‘Neo Sports Cafe’ dan ‘single-sided swingarm’, CB1000 menawarkan bentuk ‘naked’ dan ‘swingarm’ konvensional. 

Antara ciri lain yang telah disahkan setakat ini termasuk:

  • fork Show SFF-BP 41mm boleh laras
  • penyerap hentak Show 
  • 3 mod menunggang
  • panel meter TFT 5-inci (Android Auto dan Apple CarPlay)

Berdasarkan maklumat kami terima ketika di Tokyo Motorcycle Show 2024, Honda akan melancarkan CB1000 Hornet pada penghujung tahun ini. Mengikut jangkaan, model ini akan diperkenalkan secara rasmi di EICMA pada November.

Google ads
Back to top button