SMART MALAYSIA KOLABORASI BERSAMA UNIVERSITI WOLLONGONG MALAYSIA – ANJUR PERTANDINGAN VIDEO PENDEK
Selepas kejayaan pelancaran smart #3 di MARii Malaysia Autoshow yang lalu, smart Malaysia kini terus melangkah, jalin kolaborasi bersama Universiti Wollongong Malaysia.
Melalui penganjuran pertandingan video pendek yang disertai oleh para pelajar universiti, ia percaya bahawa hal ini menandakan satu inisiatif signifikan untuk memupuk kerjasama para pelajar dalam industri EV dengan menggabungkan pendidikan aliran STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni, dan Matematik) dalam pembelajaran.
Bertemakan ‘Electrifying The Future’, inisiatif ini bertujuan untuk memberi inspirasi dan memperkasakan generasi baharu dalam memupuk pemikiran kreatif, perancangan yang strategik serta penyelesaian masalah dengan membayangkan semula masa depan mobiliti menerusi penceritaan unik tersendiri.
smart Malaysia, yang dikenali sebagai ‘peneraju utama’ tetap komited dalam memajukan pendidikan dan pembangunan kerjaya EV di Malaysia.
Komitmen ini direalisasikan melalui usaha melantik pakar penjualan di pengedar smart serta memperkasakan ahli pasukan untuk menjadi pakar dalam ekosistem EV.
Kolaborasi ini merupakan sebuah platform yang unik bagi mengetengahkan bakat dan kemahiran penceritaan dalam penghasilan karya mereka.
Pada 31 Mei 2024, seramai lebih 100 orang para pelajar menghadiri taklimat yang dianjurkan oleh Universiti Wollongong Malaysia dan PRO-NET.
Pertandingan ini terbuka kepada semua Fakulti di UOW Malaysia. Syarat pertandingan ini ialah; Para pelajar perlu membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 3 hingga 4 orang ahli.
Setiap kumpulan dikehendaki menghantar video mereka yang berdurasi 2-3 minit dan penghantaran video selewat-lewatnya pada 7 Ogos 2024.
Tambahan, penilaian akan dilakukan oleh dua orang wakil daripada setiap organisasi, di mana kriteria pemilihan pemenang adalah berdasarkan kreativiti, keaslian, relevan pada tema, penceritaan, dan kualiti video.
Pemenang hadiah tempat pertama pertandingan penghasilan video pendek ini akan menerima wang tunai sebanyak RM5,000 setiap kumpulan.
Sementara, tempat kedua akan menerima wang tunai sebanyak RM4,000, dan di tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM3,000.
Selain itu, Hadiah ‘Honourable Mention Prize’ akan menerima wang tunai sebanyak RM1,000 dan yang terakhir pemenang Hadiah ‘Most Likes and Shares’ memenangi wang tunai RM1,000.
Tidak lupa juga, pemenang dan para pelajar dari Universiti Wollongong berpeluang untuk menyertai program Latihan Industri di smart Malaysia.
Penyampaian Hadiah kepada para pemenang akan diumumkan pada 2 Oktober 2024 di Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah.
- BACA: POLIS KL LAKSANA OPERASI HORMAT UNDANG-UNDANG HINGGA 15 JUN
- BACA: TEMPAHAN LAMBORGHINI URUS SE PHEV DIBUKA – JANA 789HP, JARAK GERAK 60KM, HARGA BERMULA RM1.02 JUTA
- BACA: POLESTAR DAN STOREDOT BERJAYA CAS PROTOTAIP POLESTAR 5 DARI 10 – 80% DALAM 10 MINIT!
- BACA: CUKAI JALAN KENDERAAN EV 85 PERATUS LEBIH MURAH