Buletin

WRC 2024 – APA YANG MENARIK UNTUK SAINGAN MUSIM INI

Musim baharu FIA World Rally Championship (WRC) 2024 akan bermula tidak berapa lagi pada penghujung Januari nanti. Ini adalah kejuaraan WRC buat kali ke 51 setelah kali pertama dianjurkan pada tahun 1973 yang lalu. Jom kita lihat apa yang menarik tentang WRC musim 2024 ini.

  • Perlumbaan WRC ini adalah yang kedua tertua dalam sejarah FIA setelah perlumbaan F1 akan menyaksikan perlumbaan melibatkan benua Eropah, Afrika, Amerika Selatan dan tidak lupa juga Asia.
  • Perlumbaan pembuka tirai di Rally Monte-Carlo akan menyaksikan sekali lagi pemandu lagenda, Sebastian Ogier cuba menakluki laluan di pergunungan Hautes-Alpes buat kali ke 10 dalam kerjaya rali beliau. Apatah lagi beliau berlumba di rumah sendiri.
  • Musim ini akna menyaksikan kembalinya ORLEN 80th Rally Poland di Mikołajki ke dalam kalendar WRC musim ini. Begitu juga dengan Tet Rally Latvia yang akan turut kembali semula ke WRC.
  • Berlaku perlumbaan pada Safari Rally Kenya yang telah dianjakkan ke lebih awal dengan perlumbaan pada bulan Mac nanti sebagai siri ketiga bagi musim ini. Katanya bulan Mac nanti akan menjadi musim hujan di Kenya. Entah macam manalah rupa perlumbaan nanti. Padang pasir akan bertukar menjadi lumpur pastinya.
  • Juara baharu WRC sudah pasti akan ditemukan sementelah juara bertahan Kalle Rovanpera memutuskan hanya untuk berlumba separuh masa sahaja bersama pasukan Toyota Gazoo Racing.
  • Pasukan Hyundai Motorsport pastinya calon pilihan untuk memberikan juara baharu dengan Ott Tanak kembali semula memandu untuk jentera Hyundai i20 Rally1 dilihat sebagai calon utama.
  • Pun begitu, Thierry Neuville yang sudah beberapa kali hanya berputih mata dengan meraih tempat kedua keseluruhan pastinya dilihat juga berpeluang cerah untuk meraih kejuaraan WRC setelah sekian lama.
  • Prinsipal pasukan Hyundai Motorsport Cyril Abitebou memberikan sasaran jelas, mahukan lebih kemenangan buat pasukannya. Berbanding hanya dua kemenangan perlumbaan WRC musim ini, beliau mahukan empat atau pun lima kemenangan musim ini, sejajar dengan barisan pemandu utama yang dilihat cukup berpengalaman serta pernah memenangi perlumbaan WRC sebelum ini.
  • Pasukan Toyota Gazoo Racing musim ini pastinya menaruh harapan yang cukup tinggi untuk Elfyn Evans bagi memastikan beliau terus kekal cemerlang buat dirinya dan juga pasukan untuk mengutip mata penting bagi mempertahankan kejuaraan kategori Pengeluar.
  • Takamoto Katsuta juga dilihat semakin matang dan boleh diharap untuk turut mengutip mata pasukan bagi jentera kedua GR Yaris Rally1 sementelah jentera ketiga yang bakal dikongsi oleh Sebastian Ogier dan juga Kalle Rovanpera secara bergilir.
  • Pasukan M-Sport Ford mungkin dilihat agak kodi musim ini apabila hanya membariskan pemandu muda untuk memandu jentera Ford Puma Rally1. Namun dalam masa yang sama, jika mereka berjaya menyewakan jentera Ford Puma Rally1 hibrid (dummy) kepada pemandu persendirian, sudah pasti ianya dianggap sebagai satu kejayaan buat pasukan dan juga dunia rali. Lebih ramai akan berpeluang memandu jentera Rally1.

BACA : WRC 2024 – INILAH DIA BARISAN PEMANDU UNTUK PASUKAN TOYOTA GAZOO & HYUNDAI MOTORSPORT BAGI MUSIM HADAPAN

BACA : LIVERY BAHARU GR YARIS RALLY1 – LEBIH GARANG DENGAN HITAM MATTE!

Google ads

B K

Back to top button